Ubat Hafazan dan Karakter Seorang Pendidik
Kisah Imam al-Syafi'i mengadukan hal hafazannya kepada gurunya Waki' merupakan sebuah kisah yang masyhur di kalangan penuntut ilmu. Nasihat yang diterima oleh Imam al-Syafi'i adalah menjauhkan diri daripada maksiat sebagai ubat kepada hafazan beliau. Waki' merupakan salah seorang ulama besar dalam sejarah Islam. Beliau lahir pada tahun 129 H dan berasal daripada Kufah. Kehebatan Waki' jelas dinyatakan oleh Imam Ahmad (w. 241 H), " Tidak pernah aku lihat sesiapa yang lebih mendalam kefahamannya dan lebih kuat ingatannya selain daripada Waki' ." Terdapat sebuah lagi kisah yang lebih kurang sama pengajarannya antara Waki' dengan Ali bin Khasyram (w. 257 H). Ali bin Khasyram berkata, " Aku tak pernah melihat di tangan Waki' adanya kitab. Sungguh beliau menghafaznya. Maka aku bertanya kepada Waki' tentang ubat kepada hafazan. Maka Waki' berkata, 'Sekiranya aku mengajarkan kepada kamu suatu ubat, adakah kau mahu lakukannya?'...