Makluman

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat nabi dan rasul yang paling mulia, junjungan kita Muhammad s.a.w, serta ke atas keluarganya dan para sahabatnya.

Tentang Diri

Nama saya Khairul Ikhwan. Berasal dari Pasir Gudang, Johor. Mendapat pendidikan sekolah rendah di Al-Maahad Al-Islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz, Pasir Gudang. Kemudian, menyambung pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang.

Saya memulakan pengajian tinggi di Universiti Mu'tah, Jordan, dalam bidang usuludin. Kemudian, menyambung pula pengajian ke peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, dalam bidang usuludin dan falsafah. Kini sedang berkhidmat sebagai editor syariah di Yayasan Restu, Shah Alam. 

Setakat ini, saya sudah menerbitkan sebuah buku berjudul Sumbangan Khalifah Umar bin Abd al-Aziz dalam Menangani Fahaman al-Qadariyyah, tulisan bersama Dr. Mohd Haidhar Kamarzaman dan Dr. Mohd Asyran Kamaruzaman, terbitan Penerbit UKM.

Tentang Blog 

Saya merupakan peminat buku. Genre buku kegemaran saya ialah pemikiran Islam, akidah dan falsafah. Dalam masa yang sama, saya juga minat menulis. Jadi, mengapa tidak kedua-dua hobi ini digabungkan, bukan? 

Maka, terhasillah Fehrest, sebuah blog peribadi tentang pengalaman saya dengan buku secara umum. Kebiasaannya saya menulis ulasan buku, berkongsi dapatan daripada buku atau membuat terjemahan petikan daripada buku. Kadang kala, saya menulis pandangan peribadi ataupun sebarang catatan dalam kehidupan. Untuk lebih penjelasan tentang Fehrest, jemput ke penerangan saya Tentang Nama Fehrest.

Tentang Kandungan

Segala kandungan dalam blog ini dibenarkan untuk disebar dan dikongsi, dengan syarat perlulah terlebih dahulu meminta kebenaran daripada pemilik blog ini sama ada melalui ruangan komen atau emel secara peribadi kepada khairulikhwanmn@gmail.com

Segala kandungan yang dimuatkan dalam blog ini adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak melibatkan mahupun mewakili sebarang institusi, organisasi, persatuan atau mana-mana pihak kecuali sekiranya perkara tersebut dimaklumkan.

Semoga bermanfaat dan selamat membaca.

Comments

Sohor Semasa

Al-Kullabiyyah Aliran Kalam Sunni Sebelum Imam al-Ash’ari

Muhammad Said Ramadhan al-Buti Mendiagnosis Masalah Golongan Belia

Menyahut Seruan Untuk Bekerja Oleh al-Khallal

Merangkak Membaca al-Quran Lebih Baik Daripada Laju Berbicara Tanpa Ilmu

Tidak Mengitar Semula Isu Lama