Posts

Showing posts from September, 2023

Berkenalan Dengan Buku-Buku Wahiduddin Khan Di Mekah

Image
Maulana Wahiduddin Khan mungkin bukanlah seorang tokoh yang dikenali ramai. Demikian jugalah diri saya sebelum saya mula bertemu dan berkenalan dengan karya-karya tulisannya. Kali pertama saya bertemu dengan karya Maulana Wahiduddin Khan adalah pada tahun 2015 ketika berada di Mekah. Pada waktu itu, saya direzekikan untuk menunaikan ibadah umrah. Perjalanan umrah yang unik kerana kami bertolak dari Jordan dengan menaiki bas. Dalam tempoh semalaman kami tiba di Madinah dahulu, kemudian baru menuju ke Mekah. Seperti kebiasaan yang saya selalu lakukan, ke mana sahaja tempat saya lawati, saya akan cuba mencari dan menyinggah mana-mana kedai buku yang terdapat di tempat itu. Kalau ada yang berkenan, saya akan membelinya untuk menjadi kenang-kenangan yang boleh dibawa pulang.  Semasa di Madinah, saya dapat menyinggah sebuah kedai kitab Arab yang terletak agak jauh sedikit dari Masjid al-Nabawi. Di kedai tersebut, saya berhasil membeli sebuah buku terkenal yang berjudul قيمة الزمان عند ال...