Posts

Showing posts from April, 2020

Kembali

Image
Begitu cepat masa berlalu, dan laman ini sunyi tanpa artikel sejak tahun 2015. Boleh dikatakan tahun 2016 adalah tahun permulaan saya meneroka dunia ilmiah, dan sehingga kini saya masih lagi meniti dalam dunia ini, sedikit demi sedikit cuba mengikuti jejak langkah orang-orang hebat yang lebih dahulu, dahulu dari segi waktu dan juga kematangan akal dan ilmunya. Oleh sebab itu, secara tidak sengaja saya telah pun meninggalkan laman ini tanpa sebarang perkembangan, tidak terusik walau sekelumit pun. Walau bagaimanapun, menulis masih menjadi hobi kegemaran saya, dan saya sangat merindui keseronokan menulis di laman ini seperti dahulu. Laman ini adalah cebisan daripada sejarah hidup saya. Melihat kembali artikel-artikel lama membuatkan saya termenung panjang kerana tidak menyangka begitu banyak perubahan yang telah saya lalui. Belum kira lagi laman-laman lain yang pernah saya bina sebelum laman ini, misalnya laman Tumblr saya yang telah saya tamatkan beberapa tahun yang lalu. Saya pe...