Posts

Showing posts from October, 2023

Menghayati Permulaan Ilmu Sejarah Islam

Image
Saat saya menulis ini, saudara seislam kita di Palestin khususnya Gaza sedang melalui detik yang sangat sukar. Bertan-tan bom dijatuhkan ke atas tanah sekecil Gaza. Gaza bagai neraka apabila malam yang gelita diterangi cahaya api bedilan roket di sana sini. Kemanusiaan sudah hilang apabila orang awam yang tidak bersalah menjadi sasaran. Tidak terkira betapa ramai yang terkorban. Gaza telah hancur umpama padang jarak padang tekukur. Semoga Allah memelihara saudara-saudara kita di sana, mengalahkan para musuh-Nya dengan sehina-hinanya dan memulangkan semula Palestin ke genggaman kita. Maaf kalau mukadimah agak tersasar kerana buku yang akan saya ulas kali ini bukanlah tentang Palestin. Buku berkaitan Palestin saya pernah mengulasnya sebelum ini iaitu buku Rahsia Kejayaan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Aqsa Ke Tangan Umat Islam .  Adapun buku yang saya akan ulas kali ini ialah buku  Pensejarahan Awal Islam . Buku ini ditulis oleh Wan Yahya Wan Ahmad dan diterbi...

Muhammad Said Ramadhan al-Buti Menegakkan Keadilan Islam Terhadap Hak Manusia

Image
Saya siap menulis artikel ini pada 13 November 2021 dalam blog saya yang lain. Saya bawa ke sini untuk menyimpannya kerana saya sudah menutup blog tersebut. Semoga manfaatnya dapat diteruskan di tempat yang baru. Reviu Buku: Allah Atau Manusia Siapakah Yang Lebih Berupaya Menjamin Hak-Hak Asasi Manusia Allah Atau Manusia: Siapakah Yang Lebih Berupaya Menjamin Hak-Hak Asasi Manusia ialah sebuah buku terjemahan daripada buku Arab yang bertajuk Allah Am al-Insan Ayyuhuma Aqdar Ala Ri'ayah Huquq al-Insan karya tokoh ulama Syria yang terkenal, al-Marhum Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti. Buku yang ringkas ini pada asalnya merupakan teks syarahan beliau di SOAS, London. Buku ini mengupas tentang persoalan keadilan dalam melaksanakan hak manusia. Di akhir buku ini, turut dimuatkan sesi soal jawab dalam syarahan tersebut. Secara umumnya, Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti ingin menegaskan bahawa Islam lebih banyak memenuhi hak manusia secara adil berbanding undang-...