Posts

Showing posts from May, 2024

Huraian Asma' al-Husna: Pendahuluan

Image
Sebagai pendahuluan, sebelum ini saya pernah berpeluang menyemak beberapa terjemahan nama-nama Allah. Memang selalunya saya akan tersepit ketika menentukan kalimah yang boleh menggambarkan maksud nama Allah dengan tepat. Lalu saya terfikir, ada baiknya jika dirujuk kitab-kitab yang menghuraikan makna nama-nama Allah, dapatlah memahami huraiannya yang sebenar, memandangkan kita pula biasanya lebih mengingati terjemahan sahaja.  Hasil pencarian di laman sesawang telah menemukan saya dengan sebuah kitab yang menghuraikan maksud nama-nama Allah. Kitab ini berjudul Asma' Allah al-Husna wa al-Ayat al-Karimah al-Waridah Fiha.  Kitab ini ditulis oleh mantan mufti Mesir dahulu, Hasanayn Muhammad Makhluf. Melihat pada huraiannya yang mudah dan terkini, terus saya fikir mahu menterjemahkannya dalam blog ini secara bersiri.  Kitab tersebut terbahagi kepada tiga fasal. Fasal pertama mengenai kelebihan berzikir dengan Asma; al-Husna. Fasal kedua pula berkenaan huraian makna Asma' al-Hu...

Sifat 20, Kerumitan Pengajaran Yang Mengukuhkan Iktikad

Image
Tak sangka masih belum pudar lagi dakwaan bahawa antara punca ajaran sesat masih berleluasa ialah pengajaran sifat 20 tidak cukup memberi kesan pada orang awam. Ia disebabkan pengajaran sifat 20 terlalu rumit dan sukar dihadam oleh mereka. Dakwanya lagi, sudah tiba masa ia digantikan dengan pengajaran akidah yang lebih mudah. Walaupun tidak dinyatakan, namun kita boleh meneka apa yang dimaksudkan ialah tauhid 3. Memang betul, ada kalanya orang awam tidak perlu mempelajari akidah secara kompleks. Kefahaman akidah yang ringkas lebih mudah untuk dipraktik bagi mereka. Dalam sebuah kisah, seorang nenek pernah berkata kepada Imam Fakhr al-Din al-Razi bahawa menguasai ribuan dalil tentang Tuhan hanya menandakan dia sudah mengalami ribuan kali keraguan. Al-Razi lantas berdoa agar dikurniakan iman seperti nenek itu. Mungkin al-Razi sekadar bersikap tawaduk, namun ia jelas menunjukkan akidah yang mudah ada kalanya lebih memberi kesan pada diri orang awam. Namun persoalannya, adakah sifat 20 ter...