Posts

Showing posts from May, 2020

Imam al-Shafi’i Sebenarnya Menolak Ilmu Kalam Versi Muktazilah

Image
Sejak dahulu lagi, ilmu kalam telah melaksanakan peranannya dalam mengukuhkan akidah Islam dengan mendirikan hujah-hujah dan menolak keraguan-keraguan. Para ulama al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah telah sekian lamanya mendalami dan menggunakan ilmu kalam untuk mempertahankan akidah Islam daripada serangan golongan kafir dan ahli bidaah. Namun, sehingga kini masih terdapat golongan manusia yang menuduh ilmu kalam sebagai ilmu yang dicela. Lebih dari itu, mereka turut menukilkan kalam-kalam ulama Salaf al-Salih bagi membenarkan lagi tuduhan mereka itu. Antara kalam ulama yang sering dipergunakan oleh golongan ini ialah kalam Imam al-Shafi’i (w. 204 H). Antara kalam tersebut ialah, “Jikalau seorang lelaki itu mewasiatkan kitab-kitabnya daripada ilmu kepada seseorang, dan terdapat padanya kitab-kitab ilmu kalam, maka tidak termasuk kitab-kitab itu dalam wasiat kerana ia bukanlah daripada kitab-kitab ilmu. Jikalau dia mewasiatkan kepada ahli ilmu, tidak termasuk ahli kalam dalam wasiat itu.”...

Tentang Ketokohan Akidah Imam Abu Hanifah oleh Syeikh Muhammad Zahid al-Kawthari

Image
Imam Abu Hanifah al-Nu’man bin Thabit (w. 150 H) merupakan salah seorang daripada empat orang imam mazhab yang utama dalam bidang fiqah. Beliau merupakan pengasas atau pendiri bagi mazhabnya yang dikenali sebagai mazhab Hanafi. Ketinggian darjat dan martabat beliau dalam bidang fiqah adalah suatu yang sememangnya tidak boleh diragui lagi. Sehingga kini mazhabnya masih lagi dijadikan ikutan dan panduan oleh sebahagian besar umat Islam. Selain terkenal dalam bidang fiqah, Imam Abu Hanifah juga sangat terkenal sebagai seorang tokoh mutakallim yang terawal dalam sejarah Islam. Beliau berkecimpung dalam bidang akidah dan ilmu kalam sebelum beliau mula beralih ke bidang fiqah. Beliau sempat mengarang beberapa kitab dalam bidang akidah, antara yang terkenal dan masih disyarahkan sehingga kini ialah al-Fiqh al-Akbar . Pengaruh beliau dalam bidang akidah juga tidak kurang hebatnya, mazhab beliau dalam bidang akidah dikembangkan lagi oleh seorang tokoh besar Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Imam Abu...

Risalah Untuk Menolak Fahaman al-Qadariyyah oleh Khalifah Umar bin Abd al-Aziz

Image
Umar bin Abd al-Aziz (w. 101 H) bukanlah suatu nama yang asing dalam kalangan umat Islam. Beliau dianggap antara pemimpin terbaik yang pernah disaksikan oleh umat Islam sepanjang zaman. Beliau terkenal sebagai seorang khalifah yang soleh, mengamalkan hidup yang zuhud dan sering mengutamakan hal ehwal rakyatnya. Tempoh pemerintahannya tidak lama, beliau diangkat menjadi khalifah pada tahun 99 H dan beliau mangkat pada tahun 101 H. Namun, tempoh yang singkat itu dilimpahi dengan banyak kebaikan, kebajikan rakyat sentiasa terjaga dan keadilan mereka seringkali tertegak. Selain masyhur sebagai seorang khalifah, Khalifah Umar bin Abd al-Aziz juga sebenarnya merupakan antara ulama yang tersohor di zaman tabiin. Beliau seorang yang sangat alim dan arif tentang agama Islam terutamanya pada tiga dasar utama Islam iaitu akidah, feqah dan akhlak. Beliau mendapat pendidikan agama secara terus daripada para sahabat dan tabiin, antara gurunya ialah Anas bin Malik (w. 93 H), Said bin al-Musayyib (w....

Jasa Ilmiah Para Salaf al-Salih dalam Memelihara Akidah

Image
Usaha memelihara akidah umat Islam bukanlah suatu usaha yang baru dilaksanakan pada hari ini, bukan juga usaha yang baru mula dilakukan oleh dua tokoh besar Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari (w. 324 H) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (w. 333 H). Hakikatnya, sejarah membuktikan bahawa para leluhur kita daripada kalangan sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin telah pun memulakan usaha murni ini di zaman Salaf al-Salih. Para ulama Salaf al-Salih merupakan insan-insan yang memiliki kefahaman agama dan keyakinan akidah yang sangat kukuh dan murni. Oleh sebab itu, mereka sangat peka dengan situasi semasa, apabila timbulnya sebarang isu akidah, atau terjadinya penyebaran sesebuah fahaman batil, merekalah yang terawal tampil ke hadapan untuk menyelesaikan masalah itu. Para Salaf al-Salih akan berbahas atau berdebat dengan para pembawa fahaman batil itu bagi membuktikan kebatilan fahaman mereka serta menerangkan kefahaman akidah yang sebenar. Adakalanya, para Salaf al-Sali...