Posts

Showing posts from December, 2024

Inilah Pekan Mu’tah

Image
Inilah pekan Mu’tah,  Tak banyak yang berubah,  Bangunannya masih rendah,  Langit biru debu bersepah.  Tapi apa aku kisah,  Aku rindu pekan Mu’tah,  Tempat ini ada barakah,  Tempat kutimba ilmu dan hikmah. Baru-baru ini, ada kawan sepengajian berkongsi jelajahnya kembali ke Mu’tah. Aku menatap gambar yang dikongsi sehingga berhasil menggarap dua rangkap puisi yang merumuskan gambaran pekan Mu’tah. Izinkan aku menumpahkan beberapa titisan memori seringkas mungkin. Pekan Mu’tah tak besar. Dari selatan ke utaranya, aku hanya berjalan kaki. Rata-rata bangunan di pekan tak tinggi, hanya mencecah dua atau tiga tingkat sahaja. Dindingnya berwarna batu pasir serta berdebu. Jalanannya hanya ada satu lorong ke selatan dan satu lorong ke utara, sama-sama dikongsi oleh kereta, van, coaster  dan juga lori. Bilangan kedainya taklah terlalu banyak. Ada kedai runcit, buah, sayur, roti, ayam, daging, manisan dan kedai makan. Lebih menggambarkan lagi suasana pekan,...

Merenungi Pengajaran Hidup Tahun Ini

Image
Kehidupan ini penuh dengan hikmah, menjadi penyeri dalam kehidupan kita. Jangan risau kalau satu pintu tertutup, nanti puluhan pintu lain akan terbuka. Nikmatilah apa yang dikurniakan kepada kita, dan jangan bersedih merenung nikmat yang diberikan kepada orang lain, kerana kita tidak tahu dugaan yang dilaluinya atau musibah yang menantinya. Inilah pengajaran besar dalam kehidupan yang saya pelajari pada tahun 2024 ini. Tahun ini, ada beberapa usaha yang saya dan isteri telah laburkan untuk mendapatkan sesuatu rezeki yang kami impikan. Namun, rezeki kami itu tidak kesampaian. Tipulah kalau kami tak sedih dan menangis. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya kesakitan ini mengutuhkan jiwa kami bersama dalam menghadapi ujian dan pancaroba hidup. Susah dan senang bersama, bak kata orang. Silap saya juga kerana melayani kesedihan hati menyaksikan kegembiraan orang lain menikmati perkara yang saya ingin miliki sehinggakan ada kalanya mengganggu rentak kerja dan kehidupan harian. Segera saya aku...