Posts

Showing posts from 2015

Kesedaran Ketika Memiliki Harta

Image
Harta merupakan suatu perkara yang sering dibincangkan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Daripada rakyat marhaen sehinggalah kepada para pemimpin, mulut mereka segera basah dengan perbualan tentang harta. Bahkan, ulama juga sering membincangkan tentang harta. Hal ini berlaku kerana harta juga sebahagian daripada kehidupan seorang muslim, maka para ulama berasa bertanggungjawab untuk mengkaji dan menjelaskan perincian tentang harta menurut perspektif Islam. Di sisi ulama, terdapat pelbagai takrifan harta. Sebahagian ulama menyatakan bahawa harta itu ialah sesuatu perkara yang dicenderungi atau dikehendaki oleh manusia dan boleh disimpan pada waktu yang dikehendaki. Selain itu, sebahagian ulama menjelaskan bahawa harta ialah setiap perkara yang boleh dimiliki dan diperoleh manfaat daripadanya.  Namun demikian, apabila kita menelusuri takrifan-takrifan sama ada yang disebut di atas mahupun yang tidak dinyatakan, kita dapat lihat bahawa harta itu sering berkait rapat dengan pemi...

Khawf, Raja' dan Menyayangi Makhluk-Nya

Image
Tawus bin Kaysan merupakan seorang tabiin yang masyhur dalam ilmu tafsir. Beliau merupakan salah seorang daripada murid Ibn 'Abbas r.a di Mekah dan mempelajari tafsir al-Quran daripadanya. Suatu hari, Abu Abdullah al-Syami menceritakan,  "Aku meminta izin Tawus untuk bertanyakan kepadanya tentang suatu masalah. Lalu, keluar dari rumah itu seorang lelaki yang tua. Aku menyangka lelaki tua itu ialah Tawus bin Kaysan. Kemudian, lelaki tua itu pun berkata, 'Tidak, aku ialah anaknya.' Aku berkata, 'Jika kamu ialah anaknya, maka ayah kamu tentu sudah nyanyuk.' Jawab lelaki tua, 'Kamu berkata sebegini!? Sesungguhnya orang alim itu tidak akan nyanyuk.'   Kemudian aku masuk ke rumahnya, dan setelah itu, Tawus bin Kaysan berkata kepada aku, 'Tanyalah, dan ringkaskan, dan jikalau kau mahu, akan aku ajarkan kepada kamu dalam majlis kami ini tentang al-Quran, Taurat dan Injil.' Lalu aku berkata, 'Sekiranya kamu ajarkan aku tentang perkara itu, aku takkan...

Ubat Hafazan dan Karakter Seorang Pendidik

Image
Kisah Imam al-Syafi'i mengadukan hal hafazannya kepada gurunya Waki' merupakan sebuah kisah yang masyhur di kalangan penuntut ilmu.  Nasihat yang diterima oleh Imam  al-Syafi'i  adalah menjauhkan diri daripada maksiat sebagai ubat kepada hafazan beliau. Waki' merupakan salah seorang ulama besar dalam sejarah Islam. Beliau lahir pada tahun 129 H dan berasal daripada Kufah. Kehebatan Waki' jelas dinyatakan oleh Imam Ahmad (w. 241 H), " Tidak pernah aku lihat sesiapa yang lebih mendalam kefahamannya dan lebih kuat ingatannya selain daripada Waki' ." Terdapat sebuah lagi kisah yang lebih kurang sama pengajarannya antara Waki' dengan Ali bin Khasyram (w. 257 H). Ali bin Khasyram berkata, " Aku tak pernah melihat di tangan Waki' adanya kitab. Sungguh beliau menghafaznya. Maka aku bertanya kepada Waki' tentang ubat kepada hafazan. Maka Waki' berkata, 'Sekiranya aku mengajarkan kepada kamu suatu ubat, adakah kau mahu lakukannya?'...

Jangan Meremehkan Tiga Perkara

Image
Imam al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanadnya daripada tokoh tasawuf Mesir bernama Dhu al-Nun al-Misri, "Sesungguhnya Allah menyimpan tiga perkara dalam tiga perkara: 1- Allah menyimpan kemurkaan dalam kemaksiatan. Maka jangan engkau meremehkan maksiat walau sekecil mana sekalipun, kerana siapa tahu dalamnya terdapat murka Allah. 2- Allah menyimpan keredaan dalam ketaatan. Janganlah engkau meremehkan ketaatan walau sekecil mana sekalipun, kerana siapa tahu di dalamnya terdapat reda Allah. 3- Allah menyimpan wali-Nya dalam sekalian manusia. Jangan engkau menghina hamba Allah walau seorang sekalipun, kerana siapa tahu dia adalah wali Allah." Jangan Meremehkan Dosa Jangan meremehkan apa jua maksiat. Kadangkala kita akan meremehkan maksiat kecil dengan memberi alasan yang mudah semata-mata untuk melaksanakan maksiat tersebut. Mungkin kita akan kata, " Alaa, kecik je pun. Bukan buat salah besar sangat! " Siapa tahu, dalam salah kecil yang kita lakukan, terdapatnya ke...

Hubungkan Ilmu Kita dengan Amalan Membaca

Image
" Malaslah nak baca buku. " Keluhan sebegini sering kedengaran bagi sesiapa yang pernah berhadapan dengan sebahagian manusia yang kurang minat dalam aktiviti membaca. Keluhan seperti ini pada hari ini semakin merebak ke seluruh diri manusia. Rugi. Selain belajar, membaca juga menjadi salah satu perkara yang perlu dilakukan dalam usaha menuntut ilmu. Tanpa membaca, ilmu pada diri kita menjadi tidak kukuh. Antara perkara yang mengukuhkan ilmu ialah dengan rajin membaca. Seorang penuntut ilmu feqah, tidak boleh berharap pada apa yang diperoleh di kelas belajar semata-mata. Seharusnya dia meluaskan lagi pengetahuannya dalam feqah dengan melakukan aktiviti membaca. Daripada membaca, dia akan menemui pelbagai perkara baru seperti istilah-istilah feqah, pendapat-pendapat ulama lain sama ada bersepakat atau berlawan, masalah-masalah feqah yang baru dan sebagainya. Seorang penuntut ilmu kedoktoran tidak boleh berharap pada apa yang dipelajarinya di kelas atau di makmal. Dia sepatutny...

Kecintaan Kita Kepada Nabi Muhammad s.a.w

Image
Apabila mempersoalkan tentang cinta, maka perkara pertama yang biasanya hadir dalam fikiran kita ialah suatu keadaan yang berbeza telah berlaku dalam diri seseorang akibat daripada perkenalannya terhadap seseorang yang dipandangnya sebagai orang yang amat dia sukai. Contoh mudah kita boleh ungkapkan ialah cinta antara suami dan isteri. Bermula dengan pandangan mata, kemudian berkenal-kenalan, akhirnya jatuh cinta terhadap pasangannya. Menjadi kuat cinta terhadap pasangannya itu apabila dia mengetahui keperibadian pasangannya itu. Akan tetapi, terdapat satu keadaan cinta terhadap makhluk yang teramat berbeza hal dan caranya daripada mencintai isteri. Boleh juga saya katakan, cinta ini pada awalnya cinta yang buta. Buta pada mata kepala kerana tidak dapat berjumpa, buta hati juga kerana tidak benar-benar mengenalinya. Namun demikian, cinta sebegini sudah dialami dan dirasai oleh pelbagai manusia di dunia ini sejak dahulu lagi. Benar, itulah cinta kita kepada makhluk yang mulia, yang afd...