Posts

Showing posts from 2023

Gua Pertama Surah al-Kahf I: Siapakah Ahl al-Kahf oleh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi

Image
Baru-baru ini, timbul pula isu berkenaan Ashab al-Kahfi yang agak riuh dibincangkan oleh para ilmuwan dan orang awam. Namun, saya bukanlah ingin menyelesaikan isu tersebut kerana saya kira ia sudah pun selesai. Akan tetapi, artikel saya kali ini ingin mengambil kesempatan untuk menghayati kisah agung ini.  Dalam pencarian saya, saya menjumpai sebuah buku kecil berbahasa Arab berkenaan penghayatan Surah al-Kahfi. Buku tersebut berjudul Surah al-Kahf , hasil nukilan Muhammad Mutawalli al-Sya ’ rawi, seorang mufasir tersohor zaman kini. Dalam buku tersebut, beliau mencatatkan tadabbur bagi kisah-kisah yang termaktub dalam Surah al-Kahfi. Salah satu daripadanya ialah kisah Ashab al-Kahfi. Melihat pada bahasanya yang mudah dan sarat penghayatan, saya memutuskan untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu dalam blog ini. Al-Sya'rawi membahagikan penghayatan kisah Ashab al-Kahfi kepada empat bahagian, dan mengikut demikian juga pembahagian saya dalam penterjemahan kali ini....

Makluman

Image
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat nabi dan rasul yang paling mulia, junjungan kita Muhammad s.a.w, serta ke atas keluarganya dan para sahabatnya. Tentang Diri Nama saya Khairul Ikhwan. Berasal dari Pasir Gudang, Johor. Mendapat pendidikan sekolah rendah di Al-Maahad Al-Islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz, Pasir Gudang. Kemudian, menyambung pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang. Saya memulakan pengajian tinggi di Universiti Mu'tah, Jordan, dalam bidang usuludin. Kemudian, menyambung pula pengajian ke peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, dalam bidang usuludin dan falsafah. Kini sedang berkhidmat sebagai editor syariah di Yayasan Restu, Shah Alam.  Setakat ini, saya sudah menerbitkan sebuah buku berjudul Sumbangan Khalifah Umar bin Abd al-Aziz dalam Menangani Fahaman al-Qadariyyah , tulisan bersama Dr. Mohd Haidhar Kamarzaman dan Dr. M...

Ibrah Daripada Pengembaraan Ilmu Mohd Darus Senawi

Image
Artikel ini siap ditulis oleh isteri saya, Nur Suhaili, pada 12 September 2021 dalam blog saya yang lain. Saya bawa ke sini untuk menyimpannya kerana saya sudah menutup blog tersebut. Semoga manfaatnya dapat diteruskan di tempat yang baru. Reviu Buku: Kembara Darus Senawi 1963 Buku ini bertemakan travelog perjalanan ilmu Ustaz Mohd Darus Senawi pada sekitar akhir tahun 60-an dan awal 70-an. Sebuah pengalaman yang sangat bermakna buat beliau. Sungguh mahal semua kisah dalam pengembaraannya. Siapa sangka, permusafiran yang kita harapkan akan sampai ke destinasi, tiba-tiba tersangkut di India, dalam keadaan tiada duit untuk meneruskan hidup. Siapa sangka, setelah berbulan-bulan terkandas di India, akan ada orang yang membantunya agar dapat juga menjejakkan kaki ke Mesir. Akhirnya, tercapai juga cita-cita beliau untuk menjadi pelajar Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Itulah istimewanya sebuah kepercayaan dan tawakal yang tinggi kepada Allah dalam menuntut ilmu. Ini satu sifat yang...

Menghayati Permulaan Ilmu Sejarah Islam

Image
Saat saya menulis ini, saudara seislam kita di Palestin khususnya Gaza sedang melalui detik yang sangat sukar. Bertan-tan bom dijatuhkan ke atas tanah sekecil Gaza. Gaza bagai neraka apabila malam yang gelita diterangi cahaya api bedilan roket di sana sini. Kemanusiaan sudah hilang apabila orang awam yang tidak bersalah menjadi sasaran. Tidak terkira betapa ramai yang terkorban. Gaza telah hancur umpama padang jarak padang tekukur. Semoga Allah memelihara saudara-saudara kita di sana, mengalahkan para musuh-Nya dengan sehina-hinanya dan memulangkan semula Palestin ke genggaman kita. Maaf kalau mukadimah agak tersasar kerana buku yang akan saya ulas kali ini bukanlah tentang Palestin. Buku berkaitan Palestin saya pernah mengulasnya sebelum ini iaitu buku Rahsia Kejayaan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Aqsa Ke Tangan Umat Islam .  Adapun buku yang saya akan ulas kali ini ialah buku  Pensejarahan Awal Islam . Buku ini ditulis oleh Wan Yahya Wan Ahmad dan diterbi...

Muhammad Said Ramadhan al-Buti Menegakkan Keadilan Islam Terhadap Hak Manusia

Image
Saya siap menulis artikel ini pada 13 November 2021 dalam blog saya yang lain. Saya bawa ke sini untuk menyimpannya kerana saya sudah menutup blog tersebut. Semoga manfaatnya dapat diteruskan di tempat yang baru. Reviu Buku: Allah Atau Manusia Siapakah Yang Lebih Berupaya Menjamin Hak-Hak Asasi Manusia Allah Atau Manusia: Siapakah Yang Lebih Berupaya Menjamin Hak-Hak Asasi Manusia ialah sebuah buku terjemahan daripada buku Arab yang bertajuk Allah Am al-Insan Ayyuhuma Aqdar Ala Ri'ayah Huquq al-Insan karya tokoh ulama Syria yang terkenal, al-Marhum Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti. Buku yang ringkas ini pada asalnya merupakan teks syarahan beliau di SOAS, London. Buku ini mengupas tentang persoalan keadilan dalam melaksanakan hak manusia. Di akhir buku ini, turut dimuatkan sesi soal jawab dalam syarahan tersebut. Secara umumnya, Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti ingin menegaskan bahawa Islam lebih banyak memenuhi hak manusia secara adil berbanding undang-...

Berkenalan Dengan Buku-Buku Wahiduddin Khan Di Mekah

Image
Maulana Wahiduddin Khan mungkin bukanlah seorang tokoh yang dikenali ramai. Demikian jugalah diri saya sebelum saya mula bertemu dan berkenalan dengan karya-karya tulisannya. Kali pertama saya bertemu dengan karya Maulana Wahiduddin Khan adalah pada tahun 2015 ketika berada di Mekah. Pada waktu itu, saya direzekikan untuk menunaikan ibadah umrah. Perjalanan umrah yang unik kerana kami bertolak dari Jordan dengan menaiki bas. Dalam tempoh semalaman kami tiba di Madinah dahulu, kemudian baru menuju ke Mekah. Seperti kebiasaan yang saya selalu lakukan, ke mana sahaja tempat saya lawati, saya akan cuba mencari dan menyinggah mana-mana kedai buku yang terdapat di tempat itu. Kalau ada yang berkenan, saya akan membelinya untuk menjadi kenang-kenangan yang boleh dibawa pulang.  Semasa di Madinah, saya dapat menyinggah sebuah kedai kitab Arab yang terletak agak jauh sedikit dari Masjid al-Nabawi. Di kedai tersebut, saya berhasil membeli sebuah buku terkenal yang berjudul قيمة الزمان عند ال...

Hijrah Fikrah Dari Haraki Ke Ilmiah

Image
Seperti kebiasaan orang, saya juga pernah terikut dengan pengaruh gerakan haraki. Cumanya, saya tidak pernah terlibat dalam sebarang program mereka secara langsung. Hanya saya pernah seketika dahulu berfikir dengan kerangka pemikiran mereka. Bermula di sekolah, saya diperkenalkan dengan program usrah, suatu yang sinonim dengan gerakan haraki. Akan tetapi, usrah di sekolah tidak lebih sekadar medium bersilaturahim antara senior dan junior. Oleh kerana rasa ingin tahu, saya selalu membaca dan bertanya dengan senior tentang gerakan Islam.  Saya masih ingat lagi program kepimpinan sekolah anjuran senior dari luar. Ia sebenarnya program yang bagus untuk pembinaan diri. Tetapi saya tidak lupa akan acara tayangan pada salah satu malam. Tayangan berunsur haraki itu pertama kalinya memperkenalkan saya kepada Hasan al-Banna, Sayyid Qutb dan ramai lagi tokoh haraki. Sejak itu, mula timbul rasa pesona terhadap mereka dalam diri mereka. Rasa minat saya pada gerakan haraki makin memb...

Bagaimana Generasi Emas Salahuddin Al-Ayubi Dapat Dilahirkan?

Image
Sesuai pula dapat tamatkan buku ini seiring dengan PRN yang akan diadakan di beberapa negeri. Sebab buku ini berkait rapat dengan reformasi dan pemerintahan Islam, dua perkara yang selalu kita dengar dalam arena politik zaman sekarang.  Rahsia Kejayaan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Aqsa Ke Tangan Umat Islam adalah terjemahan daripada buku Arab yang bertajuk هكذا ظهرت جيل صلاح الدين وهكذا عادت القدس tulisan Majid Irsan Kaylani. Buku ini cuba membuktikan bahawa pemerintahan Salahuddin al-Ayyubi lahir daripada reformasi atau pembaharuan mendalam yang bermula sejak puluhan, mungkin ratusan tahun sebelumnya. Siri-siri pembaharuan itu yang dibincangkan dengan terperinci dalam buku ini. Apa yang saya lihat, buku ini menjelaskan siri pembaharuan tersebut mengikut tokoh. Terdapat tiga tokoh utama yang dibincangkan dalam buku ini: Imam al-Ghazali, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dan Nuruddin Zinki. Saya ceritakan serba sedikit kronologi buku ini secara umum. Pertamanya, b...

Tentang Nama Fehrest

Image
Sudah lama saya terfikir nak meletakkan nama baru untuk blog saya ini. Sebelum ini saya menggunakan nama sendiri. Namun, saya fikir, mungkin dengan nama yang baru, blog ini boleh menjadi lebih daripada sekadar laman peribadi. Tetapi itulah, idea nama itu susah nak datang. Setelah kerap menulis ulasan buku, saya terfikir, rupanya blog saya ini secara tidak langsung sudah menjadi tempat koleksi maklumat tentang buku pemikiran Islam. Ini yang menjadi pencetus kepada idea menamakan blog saya sebagai 'Fehrest'. Idea nama Fehrest adalah inspirasi daripada karya agung Ibn al-Nadim yang berjudul al-Fihrist . Karya tersebut mengandungi maklumat tentang buku dan penulisan para ilmuwan Islam terdahulu yang disusun mengikut bidang. Dari segi bahasa pula, kalimah fehrest berasal bahasa Parsi. Ia kemudian diserap dalam bahasa Arab menjadi al-fihris . Ia bermaksud kitab yang mengandungi senarai nama kitab yang disusun mengikut aturan tertentu. Maka dengan berpandukan idea ini, say...

Imam al-Nawawi Juga Beraliran al-Asha'irah

Image
Saya siap menulis artikel ini pada 2 Ogos 2021 dalam blog saya yang lain. Saya bawa ke sini untuk menyimpannya kerana saya ingin menutup blog tersebut. Semoga manfaatnya dapat diteruskan di tempat yang baru. Reviu Buku: Aqidah Ahli Sunnah Di Sisi Imam Al-Nawawi  Imam al-Nawawi, satu nama yang tidak asing dalam dunia Islam. Namanya masyhur sehebat orangnya. Seorang ilmuwan Islam yang polymath atau mutafannin , yakni menguasai lebih daripada 3 cabang ilmu, seperti kata penulis buku ini. Dalam bidang hadis, beliau terkenal dengan Riyad al-Salihin dan Sharah Sahih Muslim . Dalam bidang fiqh, beliau terkenal dengan Minhaj al-Talibin dan al-Majmu’ Sharah al-Muhadhab.   Adapun buku ini merupakan satu usaha untuk menyerlahkan dan menonjolkan sudut pemikiran akidah Imam al-Nawawi. Setakat pembacaan saya, saya berpendapat buku ini sebenarnya mempunyai dua fokus: Mengetengahkan matan Maqasid al-Nawawiyyah sebagai karya akidah Imam al-Nawawi.  Menerangkan pemikiran umum Imam al...

Mustafa al-Siba'i Melawan Badai Awal Orientalis

Image
Bulan Syawal sudah berlalu. Ayuhlah sambung menulis semula. Penangan raya, sebulan tidak menulis apa-apa di sini. Maklumlah kali pertama beraya dengan isteri dan keluarga baru. Keterujaan itu lebih daripada biasa. Tetapi sepatutnya tidak begitu. Antara resam menulis ialah tak boleh tinggalkan lama sangat. Nanti semangat menulis akan menyejuk, diri jadi malas, lepas itu lupa, lama-lama terbengkalai begitu sahaja.  Entri kali ini adalah berkaitan buku Sikap Para Orientalis Terhadap Islam oleh Mustafa al-Siba'i, seorang ilmuwan Syria yang meninggal dunia pada tahun 1964. Buku asalnya ialah  al-Istishraq wa al-Mustashriqun, diterjemahkan ke bahasa Indonesia, dan dihiasi dengan kulit depan yang agak menakutkan. Saya pun tak tahu mengapa kulit buku ini berupa begitu. Pada pengenalan, al-Siba'i menerangkan secara ringkas tentang orientalisme dari pelbagai sudut seperti sejarah, matlamat, tokoh dan pemikiran orientalis. Bagi saya yang tidak mendalami bidang ini, pengenala...

Sufi Nasionalis Saranan Burhanuddin Al-Helmy

Image
Sebelum berkahwin, isteri saya memberitahu bahawa arwah bapanya seorang yang rajin membeli buku. Saya pun meminta beliau tunjukkan tempatnya selepas kami berkahwin. Apa yang menggembirakan, kebanyakan buku tersebut ialah buku lama yang nadir. Ada beberapa buku yang saya berminat untuk membuat ulasannya di blog ini. Salah satu daripadanya ialah Simposium Tasawuf dan Tarikat karya Burhanuddin Al-Helmy. Buku ini asalnya merupakan dua ucapan Burhanuddin dalam dua program bersama ahli tarekat di Malaysia suatu masa dahulu. Buku ini mempunyai kelainannya yang tersendiri. Satu daripadanya ialah saranan Burhanuddin agar tasawuf menjadi nadi kepada pembangunan negara. Bagi beliau, tasawuf mampu membangunkan negara dengan semangat yang bersih daripada sifat kebendaan. Antara tokoh pemimpin yang dijadikan contoh ialah khulafa' al-Rasyidin. Ia bukanlah suatu yang menghairankan bagi seorang nasionalis seperti Burhanuddin. Cuma ia berbeza daripada kebiasaan sufi yang tidak mahu terl...

Akidah Menjaga Kita Bertasawuf

Image
Bulan Mac tahun ini agak sibuk dengan urusan pindah rumah di samping pertambahan kerja di pejabat. Sambutan ulang tahun hari lahir saya dan isteri juga tidak dapat disambut dengan baik. Cukup itu sebagai alasan. Hakikatnya, saya kekurangan idea. Lalu, saya temui beberapa rakaman video yang tular di media sosial berkaitan beberapa individu yang dengan beraninya menyatakan pegangan mereka yang sungguh batil tentang Nabi Muhammad s.a.w. Melanggar prinsip akidah Islam secara terbuka.  Bukan isu itu yang saya mahu ulas kali ini. Cumanya, saya beranggapan kedudukan ilmu akidah di awal dan ilmu tasawuf di akhir adakalanya boleh disalah faham. Ya, benar, tangga mempelajari ilmu agama itu bermula dengan akidah, kemudiannya feqah, akhir sekali tasawuf. Namun, saya melihat seseorang boleh menganggap ilmu akidah dipelajari sekadar untuk melepaskan syarat sahaja. Kemudian, ketika sedang mendalami tasawuf, dia tidak mengawasi akidahnya, lalu berlaku sesuatu yang mengakibatkan peganga...

Salafi Tidak Selalunya Wahabi Dari Sudut Istilah

Image
Baru-baru ini ada satu program perdebatan diadakan berkaitan topik wahabi. Namun, bukan kehendak saya di sini untuk mengulas lebih lanjut. Cumanya saya teringat dahulu saya pernah menulis pengamatan saya tentang istilah Wahabi dan Salafi. Saya menulisnya dalam nota di dalam telefon saya pada tarikh 16 Julai 2020. Saya bawakannya semula ke dalam blog ini dengan sedikit pembetulan ayat, sekadar catatan marhalah fikir saya. Berikut adalah teksnya: Salafi / Wahabi Seseorang mungkin terkeliru antara Salafi dan Wahabi. Masalahnya, bila kita utarakan hujah kepada seseorang, hujah itu mungkin tidak sampai kepadanya kerana dia bukan sasaran yang kita maksudkan, disebabkan kita sendiri keliru antara Salafi dan Wahabi.  Pada saya, saya lebih gemar asingkan kedua-duanya. Memang mereka nampak sama terutamanya pada cara mereka, namun tetap ada bezanya.  Saya mulakan dengan istilah Wahabi, kerana lebih ringkas. Wahabi, menurut saya, merujuk kepada mereka yang berpegang dengan pegangan atau m...

Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti Meletakkan Islam Di Hadapan Falsafah

Image
Agama dan Falsafah  merupakan sebuah buku terjemahan bagi  al-Din wa al-Falsafah karangan Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti, tokoh ulama Syria yang terkenal. Buku tersebut diterjemahkan oleh Abdul Rauf Baharuddin dan diterbitkan oleh Nizamiyyah Publications. Dalam buku ini, al-Buti menolak dakwaan terhadap Islam yang dibuat oleh seorang yang hanya diperkenalkan dari awal hingga akhir buku ini sebagai 'ketua jabatan falsafah di sebuah universiti Arab.' Dengan bantuan nota kaki yang disediakan, dan sedikit carian di internet, saya mendapati bahawa individu yang dimaksudkan ialah Fuad Zakaria, seorang ahli falsafah Arab. Al-Buti tidak memulakan buku ini dengan terus membalas hujah lawannya. Akan tetapi beliau memulakannya dengan topik punca kemunduran umat Islam. Bagi beliau, punca pokok bagi sekian banyak masalah yang melanda umat Islam ialah terhakisnya jati diri sebagai seorang Muslim. Jati diri yang beliau maksudkan ini ialah akidah dan pemikiran Islam yan...