Keteguhan Akidah Imam Ahmad dan Para Ulama Dalam Peristiwa al-Mihnah
Peristiwa al-Mihnah adalah suatu peristiwa ketikamana para ulama telah dibicara dan dipaksa agar berpegang dengan doktrin khalq al-Quran, iaitu doktrin bahawa al-Quran adalah makhluk dan bukan qadim. Peristiwa ini berlaku di zaman khilafah Abbasiyyah semasa pemerintahan Khalifah al-Ma’mun (m. 218 H) bermula kira-kira pada tahun 218 H, yakni ketika masih di zaman Salaf al-Salih. Peristiwa ini menyaksikan para ulama telah dipaksa manakala sebahagiannya pula diseksa sehingga terkorban kerana enggan berpegang dengan doktrin tersebut. Pada asalnya, doktrin khalq al-Quran mula timbul lebih awal lagi menerusi al-Ja’d bin Dirham (m. 105 H) dan muridnya al-Jahm bin Safwan (m. 128 H). Doktrin ini kemudiannya dimasyhurkan oleh tokoh-tokoh Muktazilah yang mengukuhkannya dengan hujah-hujah akal serta mempertahankannya di pentas-pentas perdebatan. Perbahasan ini sangat rumit dan bukanlah ini tujuan perbincangannya. Namun secara ringkasnya, Muktazilah tidak menetapkan sifat kalam bagi Alla...