Posts

Anjuran Wirid Pagi dan Petang Daripada Pelbagai Kumpulan

Image
Saya dapati anjuran mengamalkan wirid pagi dan petang bersifat rentas kumpulan dan firqah . Mana-mana kelompok mahupun kumpulan pasti mempunyai galakan, anjuran dan saranan kepada para pengikutnya untuk mengamalkan wirid pagi dan petang. Paling mudah kita dapat lihat anjuran wirid pagi dan petang ini pada kumpulan tarekat dan tasawuf. Para tokoh sufi dan tarekat kebiasaannya akan menyusun wirid tersendiri yang diambil daripada al-Quran dan hadis, lalu menggalakkan para murid untuk mengamalkannya. Misalnya, tarekat al- ‘ Alawiyyah masyhur dengan Ratib al-Haddad yang dijadikan wirid pagi dan petang oleh warga Hadramaut dan Nusantara. Ratib ini malah diamalkan secara meluas di masjid dan surau tanpa memerlukan baiah rasmi. Tarekat lain juga memiliki wirid pagi dan petang yang tersendiri, namun lebih cenderung diamalkan secara terpencil. Seterusnya, kita dapat lihat anjuran yang sama ini pada kumpulan Haraki, khususnya Ikhwan al-Muslimun melalui wirid terkenal, al-Ma’thurat , hasil susuna...

Ucapan Mesra Menyambut Tetamu Antara Islam dan Melayu

Image
Persahabatan dalam huraian al-Ghazali adalah satu tingkatan hubungan yang lebih tinggi daripada sekadar kenalan atau kawan biasa. Malah kalau kita menelusuri penerangannya, persahabatan yang dimaksudkan oleh al-Ghazali jauh lebih akrab berbanding persahabatan yang kita fahami sekarang. Tahap persahabatan tersebutlah yang diamalkan oleh para salaf.  Menurut al-Ghazali, antara hak persahabatan ialah tidak bersikap pura-pura dalam bersahabat. Tiada langsung perasaan segan mahupun malu antara sahabat sehingga seseorang terpaksa menyembunyikan sesuatu daripada sahabatnya. Seseorang dengan sahabatnya umpama satu tubuh yang sama, tiada beza dan kelainan sehingga berasa janggal dan ganjil antara mereka. Antara yang dihuraikan oleh al-Ghazali ialah sikap menerima sahabat sebagai tetamu yang berkunjung ke rumah kita. Seorang tuan rumah menerima sahabatnya sebagai tetamu, lalu mengalu-alukan sahabatnya untuk berasa selesa dan senang di rumahnya sendiri. Begitu selesa sehingga al-Ghazali menuk...

Membaca Buku Seni Membaca Buku Bersama Adler dan van Doren

Image
Kali pertama saya membaca buku How To Read A Book adalah kira-kira 11 tahun yang lalu sewaktu di Jordan . Pada waktu itu, buku yang saya baca ialah buku terjemahan juga, yang dibuat oleh Rustam A. Sani . Tahun ini, sengaja saya membeli dan membaca buku yang sama tetapi dengan terjemahan yang baru. Tujuannya ingin mempelajari cara membaca buku secara terperinci sebagai persediaan pada masa hadapan. Walaupun tajuknya seperti untuk kanak-kanak, sebenarnya buku ini adalah panduan untuk sesiapa yang mahu membaca buku di tahap yang lebih tinggi. Mungkin bukan semua buku itu kita mahu membacanya di tahap tinggi, kerana ada masanya kita mahu membaca buku untuk mengisi masa lapang sahaja. Akan tetapi kalau kita mahu membaca sebarang buku secara serius, dengan matlamat khusus yang besar, maka buku ini disarankan sebagai panduan. Semasa membaca buku ini, Adler dan van Doren meminta saya mengelaskan sebarang buku yang dibaca. Maka, saya kelaskan buku ini sebagai buku praktikal , ke...

Muhasabah Diri Demi Kemajuan Umat Bersama Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti

Image
Mula-mula saya membaca judul buku ini,  Dosa Tersembunyi , saya menjangkakan kandungan buku ini pasti memuatkan teguran dan nasihat yang menyentuh jiwa. Rupanya, sangkaan saya meleset. Buku ini memang menyentuh tentang penyucian jiwa, tetapi dalam skop yang lebih besar, iaitu kemunduran umat.  Dalam buku ini, al-Buti berusaha mengaitkan masalah kemunduran umat dengan keadaan jiwa umat Islam hari ini. Buku ini bertitik-tolak daripada soalan, atau boleh saya kata luahan, yang dinyatakan kepada al-Buti tentang umat Islam ketika itu yang mundur dan berpecah belah, dalam masa yang sama bukan Islam maju dan bersatu. Menurut al-Buti, punca yang mengakibatkan kejatuhan umat ialah dosa hati, atau seperti judul ini, iaitu dosa tersembunyi.  Macam tiada kaitan yang jelas, tetapi apabila saya membaca buku ini sehingga habis, saya melihat pandangan al-Buti ini sebenarnya ada asas yang kuat. Menurut al-Buti, masalah besar yang menimpa umat Islam masa ini ialah jiwa yang cin...

Menonton Gelagat Orang Melayu Dahulu Bersama Swettenham

Image
Tak tahu mengapa, tapi kebelakangan ini saya selalu ingin rasa bagaimana hidup di zaman silam. Zaman yang tiada bekalan elektrik, tiada mesin kenderaan, tiada perhubungan pantas seperti hari ini. Bagaimana rasanya hidup pada malam yang disuluh cahaya api, bergerak ke sana ke mari dengan perahu, dan menikmati hidup yang sunyi tidak ramai kenalan kerana kekangan cara berhubung. Maka, saya cuba merasainya apabila membaca buku ini. Gelagat dan Ragam Orang Melayu adalah buku catatan Sir Frank Swettenham yang mengandungi pelbagai kisah pendek berdasarkan pengalamannya semasa bertugas di Tanah Melayu. Kisah-kisah tersebut menarik, membuatkan saya teruja dan ingin tahu, apa lagi gelagat leluhur kita dahulu, setiap kali saya melangkah dari satu kisah ke satu kisah.  Ada kalanya saya membaca buku ini sambil fikiran saya  ‘ menonton ’  gelagat mereka macam filem klasik P. Ramlee. Selain itu, saya juga pernah meminta bantuan AI untuk hasilkan gambar daripada penceritaan S...

Menyahut Seruan Untuk Bekerja Oleh al-Khallal

Image
Sebelum ini, saya sudah membaca Adab Menyara Hidup oleh al-Sarakhsi. Belum sempat lagi saya menulis ulasannya di sini atas faktor kesibukan urusan kerja dan keluarga. Saya perlu membacanya semula untuk memberikan ulasan yang berhak buatnya.  Jadi, Seruan Untuk Bekerja oleh al-Khallal adalah kali kedua saya membaca buku seumpamanya. Bezanya, buku ini lebih ringkas. Tumpuan al-Khallal adalah menghimpunkan riwayat daripada ulama—majoritinya daripada Ahmad bin Hanbal—seputar bekerja dan mencari rezeki. Tidak bersifat syarah atau huraian, tetapi lebih kepada rekod dan catatan. Mungkin bagi sesetengah orang, buku himpunan riwayat semata-mata tanpa huraian adalah tidak mengenyangkan. Sebenarnya, buku seperti ini sangat berharga, kerana riwayat yang dibawa adalah rakaman dan catatan sejarah. Daripada riwayat tersebut, kita dapat memahami sedikit sebanyak suasana masyarakat dan pendirian ulama ketika itu. Maka, buku seperti ini sebenarnya tidak kurang juga pentingnya. Oleh itu,...

Merangkak Membaca al-Quran Lebih Baik Daripada Laju Berbicara Tanpa Ilmu

Image
Terkedu saya bila terdengar si polan berkata hadis merangkak ketika membaca al-Quran itu hanya merujuk kepada orang Arab. Saya terfikir, polan ini ambil daripada kitab mana, syarah siapa? Setakat pencarian ringkas, saya tak jumpa mana-mana syarah yang mengatakan hadis itu diturunkan kepada orang Arab saja. Habis itu, nak kata ganjaran pahala merangkak membaca al-Quran itu hanya dikurniakan kepada orang Arab sajakah? Beriya sungguh si polan ini hendak menakut-nakutkan orang tentang hadis kaum yang membaca al-Quran tidak lepas dari kerongkong, sehingga dipukul rata kepada orang yang bertaranum sekali. Kalau begitu, di mana hendak letak hadis seperti: ليس منا من لم يتعن بالقرآن dan juga زينوا القرآن بأصواتكم .  Lagi pula dikatanya, al-Quran itu sudah sedap tak perlu dibaca dengan lagu lagi. Tidakkah terasa bercanggah dengan hadis tadi. Baginda menggalakkan kita hiasi suara kita dengan suara yang indah ketika membaca al-Quran. Walhal si polan pula seolah-olah menjauhkan orang daripad...