Posts

Showing posts from April, 2026

Anjuran Wirid Pagi dan Petang Daripada Pelbagai Kumpulan

Image
Saya dapati anjuran mengamalkan wirid pagi dan petang bersifat rentas kumpulan dan firqah . Mana-mana kelompok mahupun kumpulan pasti mempunyai galakan, anjuran dan saranan kepada para pengikutnya untuk mengamalkan wirid pagi dan petang. Paling mudah kita dapat lihat anjuran wirid pagi dan petang ini pada kumpulan tarekat dan tasawuf. Para tokoh sufi dan tarekat kebiasaannya akan menyusun wirid tersendiri yang diambil daripada al-Quran dan hadis, lalu menggalakkan para murid untuk mengamalkannya. Misalnya, tarekat al- ‘ Alawiyyah masyhur dengan Ratib al-Haddad yang dijadikan wirid pagi dan petang oleh warga Hadramaut dan Nusantara. Ratib ini malah diamalkan secara meluas di masjid dan surau tanpa memerlukan baiah rasmi. Tarekat lain juga memiliki wirid pagi dan petang yang tersendiri, namun lebih cenderung diamalkan secara terpencil. Seterusnya, kita dapat lihat anjuran yang sama ini pada kumpulan Haraki, khususnya Ikhwan al-Muslimun melalui wirid terkenal, al-Ma’thurat , hasil susuna...

Ucapan Mesra Menyambut Tetamu Antara Islam dan Melayu

Image
Persahabatan dalam huraian al-Ghazali adalah satu tingkatan hubungan yang lebih tinggi daripada sekadar kenalan atau kawan biasa. Malah kalau kita menelusuri penerangannya, persahabatan yang dimaksudkan oleh al-Ghazali jauh lebih akrab berbanding persahabatan yang kita fahami sekarang. Tahap persahabatan tersebutlah yang diamalkan oleh para salaf.  Menurut al-Ghazali, antara hak persahabatan ialah tidak bersikap pura-pura dalam bersahabat. Tiada langsung perasaan segan mahupun malu antara sahabat sehingga seseorang terpaksa menyembunyikan sesuatu daripada sahabatnya. Seseorang dengan sahabatnya umpama satu tubuh yang sama, tiada beza dan kelainan sehingga berasa janggal dan ganjil antara mereka. Antara yang dihuraikan oleh al-Ghazali ialah sikap menerima sahabat sebagai tetamu yang berkunjung ke rumah kita. Seorang tuan rumah menerima sahabatnya sebagai tetamu, lalu mengalu-alukan sahabatnya untuk berasa selesa dan senang di rumahnya sendiri. Begitu selesa sehingga al-Ghazali menuk...