Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti Meletakkan Islam Di Hadapan Falsafah
Agama dan Falsafah merupakan sebuah buku terjemahan bagi al-Din wa al-Falsafah karangan Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti, tokoh ulama Syria yang terkenal. Buku tersebut diterjemahkan oleh Abdul Rauf Baharuddin dan diterbitkan oleh Nizamiyyah Publications. Dalam buku ini, al-Buti menolak dakwaan terhadap Islam yang dibuat oleh seorang yang hanya diperkenalkan dari awal hingga akhir buku ini sebagai 'ketua jabatan falsafah di sebuah universiti Arab.' Dengan bantuan nota kaki yang disediakan, dan sedikit carian di internet, saya mendapati bahawa individu yang dimaksudkan ialah Fuad Zakaria, seorang ahli falsafah Arab. Al-Buti tidak memulakan buku ini dengan terus membalas hujah lawannya. Akan tetapi beliau memulakannya dengan topik punca kemunduran umat Islam. Bagi beliau, punca pokok bagi sekian banyak masalah yang melanda umat Islam ialah terhakisnya jati diri sebagai seorang Muslim. Jati diri yang beliau maksudkan ini ialah akidah dan pemikiran Islam yan...