Huraian Asma' al-Husna: Pendahuluan


Sebagai pendahuluan, sebelum ini saya pernah berpeluang menyemak beberapa terjemahan nama-nama Allah. Memang selalunya saya akan tersepit ketika menentukan kalimah yang boleh menggambarkan maksud nama Allah dengan tepat. Lalu saya terfikir, ada baiknya jika dirujuk kitab-kitab yang menghuraikan makna nama-nama Allah, dapatlah memahami huraiannya yang sebenar, memandangkan kita pula biasanya lebih mengingati terjemahan sahaja. 

Hasil pencarian di laman sesawang telah menemukan saya dengan sebuah kitab yang menghuraikan maksud nama-nama Allah. Kitab ini berjudul Asma' Allah al-Husna wa al-Ayat al-Karimah al-Waridah Fiha. Kitab ini ditulis oleh mantan mufti Mesir dahulu, Hasanayn Muhammad Makhluf. Melihat pada huraiannya yang mudah dan terkini, terus saya fikir mahu menterjemahkannya dalam blog ini secara bersiri. 

Kitab tersebut terbahagi kepada tiga fasal. Fasal pertama mengenai kelebihan berzikir dengan Asma; al-Husna. Fasal kedua pula berkenaan huraian makna Asma' al-Husna. Fasal ketiga mengenai nama-nama Allah yang tidak tersenarai dalam hadis Asma' al-Husna. Saya akan menterjemahkan fasal kedua sahaja memandangkan tujuan utama saya adalah untuk memahami maksud nama-nama Allah. 

Setakat ini sahaja untuk pendahuluan. Bermula siri entri yang seterusnya, saya akan memulakan siri terjemahan huraian nama-nama Allah berdasarkan kitab yang telah disebutkan di atas. 

Comments

Sohor Semasa

Muhammad Said Ramadhan al-Buti Menegakkan Keadilan Islam Terhadap Hak Manusia

Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti Meletakkan Islam Di Hadapan Falsafah

Menyahut Seruan Untuk Bekerja Oleh al-Khallal

Abdul Qadir al-Husayn Mengetengahkan Imam al-Ash'ari Melalui Biografi

Tentang Membaca dan Mempelajari Kitab oleh Syeikh Said Fudah