Tidak Mengitar Semula Isu Lama
Mengimbas kembali isu buku akidah yang didakwa milik al-Shafi’i yang lalu, saya terfikir dialog kritik seperti ini rasanya lebih baik berbanding mengitar semula isu-isu lama yang sudah pun dijawab.
Dialog kritik seperti itu, walaupun masih bernuansa perselisihan Ash‘ari dengan Salafi dan Wahhabi, sekurang-kurangnya ada penemuan baru yang diutarakan oleh salah satu pihak untuk dibincangkan bersama. Meskipun selalunya berakhir dengan jawapan yang sama, namun setidaknya ada perkara baru yang boleh dikaji. Nampak macam isu yang sama, tetapi sebenarnya ada perkara baru yang boleh dibincangkan.
Berbanding mengitar semula isu-isu lama, tiada perkara baru yang boleh ditemui. Sudahlah jawapannya kemungkinan besar sama, kaedah dan penghujahan juga sama. Ibarat hari-hari pergi ke satu tempat melalui jalan yang sama, tiada benda baru yang boleh dijumpai. Berbanding pergi ke tempat yang sama tetapi melalui jalan yang berbeza, sudah tentu ada perkara yang baharu bagi kita.
Comments
Post a Comment