Huraian Asma’ al-Husna 4: al-Quddus oleh Hasanayn Muhammad Makhluf
Maksud nama Allah al-Quddus ialah Allah itu suci daripada kekurangan, kecacatan dan segala yang membawa kepada sifat baharu, atau Zat yang suci daripada segala hajat kepada makhluk dan sifat-Nya bersih daripada segala kekurangan, atau Yang suci daripada mendiami tempat dan menjalani masa.
Kalimah al-Quddus berasal daripada al-quds yang bermaksud suci dan bersih. Oleh sebab itu, Baitulmaqdis dinamakan sedemikian kerana ia bermaksud tempat yang menyucikan dosa. Malaikat Jibril pula digelar ruh al-qudus kerana ia menyampaikan wahyu kepada Rasulullah s.a.w dengan baik dan suci daripada sebarang kecacatan. Allah s.w.t pernah berfirman tentang malaikat, “Kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan menyucikan-Mu,” (al-Baqarah: 30) yakni kami menyucikan diri kami untuk-Mu.
Rujukan:
Hasanayn Muhammad Makhluf, 1974, Asma’ Allah al-Husna wa al-Ayat al-Karimah al-Waridah Fiha, t.tp. Pautan PDF
Comments
Post a Comment