Posts

Showing posts from January, 2024

Muhammad Said Ramadhan al-Buti Mendiagnosis Masalah Golongan Belia

Image
Antara bacaan terbaik saya tahun 2023 ialah Solusi Islam Buat Para Pemuda , terjemahan bagi al-Islam wa Mushkilah al-Shabab tulisan Muhammad Said Ramadhan al-Buti. Dari segi luarannya, buku ini nipis sahaja, tidak melebihi 100 halaman. Meski nipis, kualiti kandungan yang boleh dikeluarkan daripada buku ini lebih tebal daripada yang disangka. Pada prakata pertama, saya sedikit tersentuh apabila al-Buti menyatakan beliau tidak sempat bertemu para belia bagi membincangkan isu ini. Maka, buku ini menjadi medium pertemuan maknawi antaranya dengan para belia. Dahulu, saya pernah berhasrat untuk menghadiri majlis ilmu beliau. Apakan daya, beliau telah syahid beberapa bulan sebelum saya terbang ke Jordan. Maka, jadilah buku ini sebagai medium pertemuan maknawi antara saya dan beliau. Sebelum mula membaca buku ini, saya sangka ia seperti buku lain yang berbicara tentang salah laku golongan belia. Rupanya tidak. Al-Buti lebih menumpukan nasihatnya dalam buku ini kepada masyarakat. M...