Kita Tidak Akan Sunyi Daripada Kesalahan, Dosa dan Kejahilan
Manusia sememangnya tidak pernah sunyi daripada segala kesalahan, kesilapan, dan dosa. Manusia bukan seperti nabi. Manusia itu tidak maksum seperti para anbiya. Para anbiya itu maksum dan suci daripada dosa. Sepertimana sabda Nabi Muhammad s.a.w: كُلُّ بَنِي آدَمَ خَّطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ Maksudnya: "Setiap bani Adam itu berbuat kesalahan, dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan ialah orang-orang yang bertaubat." (Riwayat al-Tirmidhi) Kewajipan sebagai seorang muslim terhadap Allah s.w.t apabila berbuat kesalahan dan dosa ialah bertaubat. Bahkan kita dituntut bertaubat setiap hari dan setiap ketika. Dalam kitab Hidayatus Salikin karangan Syeikh Abd al-Samad al-Falimbani, terdapat tiga syarat taubat yang diletakkan oleh beliau iaitu: Meninggalkan maksiat Menyesal atas perbuatannya itu Bercita-cita bahawa tiada kembali kepada maksiat itu selama-lamanya. Manakala sebagai saudara seagama, seharusnya dan...