Khawf, Raja' dan Menyayangi Makhluk-Nya
Tawus bin Kaysan merupakan seorang tabiin yang masyhur dalam ilmu tafsir. Beliau merupakan salah seorang daripada murid Ibn 'Abbas r.a di Mekah dan mempelajari tafsir al-Quran daripadanya. Suatu hari, Abu Abdullah al-Syami menceritakan, "Aku meminta izin Tawus untuk bertanyakan kepadanya tentang suatu masalah. Lalu, keluar dari rumah itu seorang lelaki yang tua. Aku menyangka lelaki tua itu ialah Tawus bin Kaysan. Kemudian, lelaki tua itu pun berkata, 'Tidak, aku ialah anaknya.' Aku berkata, 'Jika kamu ialah anaknya, maka ayah kamu tentu sudah nyanyuk.' Jawab lelaki tua, 'Kamu berkata sebegini!? Sesungguhnya orang alim itu tidak akan nyanyuk.' Kemudian aku masuk ke rumahnya, dan setelah itu, Tawus bin Kaysan berkata kepada aku, 'Tanyalah, dan ringkaskan, dan jikalau kau mahu, akan aku ajarkan kepada kamu dalam majlis kami ini tentang al-Quran, Taurat dan Injil.' Lalu aku berkata, 'Sekiranya kamu ajarkan aku tentang perkara itu, aku takkan...