Posts

Showing posts from May, 2015

Kesedaran Ketika Memiliki Harta

Image
Harta merupakan suatu perkara yang sering dibincangkan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Daripada rakyat marhaen sehinggalah kepada para pemimpin, mulut mereka segera basah dengan perbualan tentang harta. Bahkan, ulama juga sering membincangkan tentang harta. Hal ini berlaku kerana harta juga sebahagian daripada kehidupan seorang muslim, maka para ulama berasa bertanggungjawab untuk mengkaji dan menjelaskan perincian tentang harta menurut perspektif Islam. Di sisi ulama, terdapat pelbagai takrifan harta. Sebahagian ulama menyatakan bahawa harta itu ialah sesuatu perkara yang dicenderungi atau dikehendaki oleh manusia dan boleh disimpan pada waktu yang dikehendaki. Selain itu, sebahagian ulama menjelaskan bahawa harta ialah setiap perkara yang boleh dimiliki dan diperoleh manfaat daripadanya.  Namun demikian, apabila kita menelusuri takrifan-takrifan sama ada yang disebut di atas mahupun yang tidak dinyatakan, kita dapat lihat bahawa harta itu sering berkait rapat dengan pemi...