Maulid Nabi dan Dakwah Nabawi oleh Syeikh Muhammad Zahid al-Kawthari
Bersempena dengan Maulidur Rasul s.a.w pada tahun ini, saya ingin berkongsi terjemahan saya bagi sebuah makalah bertajuk al-Mawlid al-Nabawi wa al-Da’wah al-Nabawiyyah , tulisan asal Syeikh Muhammad Zahid al-Kawthari (w.1371H/1952M). Al-Kawthari merupakan timbalan Shaykh al-Islam yang terakhir dalam pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Makalah ini diambil daripada kitab Maqalat al-Kawthari yang menghimpunkan makalah-makalah beliau meliputi pelbagai bidang yang ditulis untuk majalah-majalah ilmiah di Mesir. Dalam makalah ini, al-Kawthari mengulas secara ringkas berkenaan suasana umat manusia sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w dan bagaimana Baginda s.a.w berusaha membawa mereka daripada kegelapan jahiliah menuju cahaya hidayah Islam. Syeikh mahu mengajak kita bersama-sama menghargai usaha dakwah yang dilaksanakan dengan penuh kesungguhan oleh Rasulullah s.a.w. Berkat jasa Nabi s.a.w, hari ini kita dapat menikmati kehidupan yang indah berpaksikan syariat Islam yang telah dibawa dan dia...