Posts

Showing posts from January, 2021

Adakah Semua Perselisihan Akidah Menyebabkan Terkeluar Daripada Islam?

Image
Hari ini, perselisihan akidah bukan lagi suatu perkara yang asing. Kalau zaman dahulu, perselisihan akidah berlaku hanya dalam kalangan tokoh dan ilmuwan, tetapi hari ini mereka yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama juga terlibat dalam perselisihan akidah. Lebih membimbangkan lagi, perselisihan tersebut biasanya berakhir dengan pelbagai tuduhan dan label, seperti tuduhan kafir, sesat, bidaah dan sebagainya, sedangkan bukan semua perselisihan berakhir sebegitu rupa. Sebagai asas, artikel kali ini ingin membicarakan secara ringkas berkenaan pembahagian akidah dan perselisihan pada bahagian-bahagian akidah tersebut. Artikel ini merupakan ringkasan daripada artikel a l-Khilaf fi al-‘Aqidah dalam buku Ahl al-Sunnah al-Asha’irah Shahadah ‘Ulama al-Ummah wa Adillatuhum karya Hamd al-Sinan dan Fawzi al-‘Anjari. Untuk permulaan, saya memetik soalan yang diutarakan dalam buku tersebut,  Adakah semua perselisihan dalam akidah sama ada pada usul atau furuk menyebabkan kekufura...