Abdul Qadir al-Husayn Mengetengahkan Imam al-Ash'ari Melalui Biografi
Pertama kali saya menemui buku ini, ia dijual di sebuah kedai buku bernama Raudhah al-Miqyas bertempat di Bangi. Pada masa itu, saya agak terpegun dengan kewujudan buku ini kerana saya mengetahui betapa kurangnya buku biografi Imam al-Ash’ari dalam pasaran buku negara kita zaman kini. Setelah beberapa bulan, buku tersebut dijual bersama diskaun dan tanpa membuang masa saya terus membelinya. Buku ini ialah buku terjemahan daripada karya asalnya berbahasa Arab yang bertajuk Imam Ahl al-Haqq Abu al-Hasan al-Ash’ari oleh seorang ulama Syam zaman kini iaitu Dr. Abd al-Qadir Muhammad al-Husayn. Buku terjemahan Indonesia ini pula diterjemah oleh M. Tatam Wijaya dan diterbitkan pada tahun 2018 oleh PT Qaf Media Kreativa. Menurut saya, buku ini secara keseluruhannya bukanlah sebuah buku biografi yang mengandungi perjalanan kehidupan Imam al-Ash'ari secara terperinci dari awal hingga akhir hayatnya. Sebaliknya, saya berpendapat buku ini lebih berbentuk sebagai buku pengantar bag...