Tentang Membaca dan Mempelajari Kitab oleh Syeikh Said Fudah
Mempelajari kitab asas merupakan satu proses permulaan yang amat penting dalam perjalanan ilmiah seseorang penuntut ilmu. Namun, terdapat segelintir pelajar yang meninggalkan pengajian kitab asas kerana hendak melompat ke pengajian kitab yang lebih tinggi. Perkara ini telah diberi perhatian oleh Syeikh Said Fudah dalam mukadimah kitab beliau, Tahzib Sharh al-Sanusiyyah . Beliau menasihatkan agar penuntut ilmu yang baharu menumpukan perhatian kepada kitab asas sehingga dapat menguasainya dengan baik. Berikut adalah petikan terjemahan nasihat beliau tersebut: Pendahuluan ... Dalam kitab ini juga aku berpesan kepada pembaca agar memadai dengan mempelajari satu matan sahaja dahulu, serta tidak bergantung sepenuhnya kepada hashiyah melainkan sekiranya perlu, lebih-lebih lagi ketika kali pertama membaca kitab. Ini dapat menjaga fikiran daripada terkeliru dan celaru antara kandungan perbincangan dalam matan dan hashiyah . Setelah itu, tidak mengapa jika hendak membaca hashiyah jika men...