Mustafa al-Siba'i Melawan Badai Awal Orientalis
Bulan Syawal sudah berlalu. Ayuhlah sambung menulis semula. Penangan raya, sebulan tidak menulis apa-apa di sini. Maklumlah kali pertama beraya dengan isteri dan keluarga baru. Keterujaan itu lebih daripada biasa. Tetapi sepatutnya tidak begitu. Antara resam menulis ialah tak boleh tinggalkan lama sangat. Nanti semangat menulis akan menyejuk, diri jadi malas, lepas itu lupa, lama-lama terbengkalai begitu sahaja. Entri kali ini adalah berkaitan buku Sikap Para Orientalis Terhadap Islam oleh Mustafa al-Siba'i, seorang ilmuwan Syria yang meninggal dunia pada tahun 1964. Buku asalnya ialah al-Istishraq wa al-Mustashriqun, diterjemahkan ke bahasa Indonesia, dan dihiasi dengan kulit depan yang agak menakutkan. Saya pun tak tahu mengapa kulit buku ini berupa begitu. Pada pengenalan, al-Siba'i menerangkan secara ringkas tentang orientalisme dari pelbagai sudut seperti sejarah, matlamat, tokoh dan pemikiran orientalis. Bagi saya yang tidak mendalami bidang ini, pengenala...