Ibrah Daripada Pengembaraan Ilmu Mohd Darus Senawi
Artikel ini siap ditulis oleh isteri saya, Nur Suhaili, pada 12 September 2021 dalam blog saya yang lain. Saya bawa ke sini untuk menyimpannya kerana saya sudah menutup blog tersebut. Semoga manfaatnya dapat diteruskan di tempat yang baru. Reviu Buku: Kembara Darus Senawi 1963 Buku ini bertemakan travelog perjalanan ilmu Ustaz Mohd Darus Senawi pada sekitar akhir tahun 60-an dan awal 70-an. Sebuah pengalaman yang sangat bermakna buat beliau. Sungguh mahal semua kisah dalam pengembaraannya. Siapa sangka, permusafiran yang kita harapkan akan sampai ke destinasi, tiba-tiba tersangkut di India, dalam keadaan tiada duit untuk meneruskan hidup. Siapa sangka, setelah berbulan-bulan terkandas di India, akan ada orang yang membantunya agar dapat juga menjejakkan kaki ke Mesir. Akhirnya, tercapai juga cita-cita beliau untuk menjadi pelajar Universiti Al-Azhar Al-Syarif. Itulah istimewanya sebuah kepercayaan dan tawakal yang tinggi kepada Allah dalam menuntut ilmu. Ini satu sifat yang...