Gua Pertama Surah al-Kahf I: Siapakah Ahl al-Kahf oleh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi
Baru-baru ini, timbul pula isu berkenaan Ashab al-Kahfi yang agak riuh dibincangkan oleh para ilmuwan dan orang awam. Namun, saya bukanlah ingin menyelesaikan isu tersebut kerana saya kira ia sudah pun selesai. Akan tetapi, artikel saya kali ini ingin mengambil kesempatan untuk menghayati kisah agung ini. Dalam pencarian saya, saya menjumpai sebuah buku kecil berbahasa Arab berkenaan penghayatan Surah al-Kahfi. Buku tersebut berjudul Surah al-Kahf , hasil nukilan Muhammad Mutawalli al-Sya ’ rawi, seorang mufasir tersohor zaman kini. Dalam buku tersebut, beliau mencatatkan tadabbur bagi kisah-kisah yang termaktub dalam Surah al-Kahfi. Salah satu daripadanya ialah kisah Ashab al-Kahfi. Melihat pada bahasanya yang mudah dan sarat penghayatan, saya memutuskan untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu dalam blog ini. Al-Sya'rawi membahagikan penghayatan kisah Ashab al-Kahfi kepada empat bahagian, dan mengikut demikian juga pembahagian saya dalam penterjemahan kali ini....