Gua Pertama Surah al-Kahf II: Apabila Masa Terhenti oleh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi
Pada siri pertama Siapakah Ahl al-Kahf yang lalu, Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi menyebutkan dalam perenggan terakhir bahawa terdapat beberapa tanda kekuasaan Allah s.w.t yang berlaku dalam kisah Ashab al-Kahfi. Oleh itu, dalam siri yang kedua ini, al-Sya'rawi akan mula menceritakan tanda kekuasaan Allah s.w.t tersebut. Berikut adalah terjemahan bagi siri kedua: Apabila Masa Terhenti Bukti kekuasaan yang pertama ialah Allah s.w.t menimpakan rasa mengantuk atau tidur terhadap mereka. Biasanya, manusia tidur panjang dalam sehari atau setengah hari. Paling jauh dia boleh sebut adalah dia tidur seharian atau setengah hari. Oleh kerana itu, ketika mana mereka (Ashab al-Kahfi) bangun dari tidur, soalan yang ditanyakan sesama mereka adalah, " Berapa lama kamu tidur? " Mereka pun menjawab, " Seharian atau sebahagian dari sehari. " Seperti yang diceritakan oleh Allah s.w.t melalui firman-Nya, وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَـٰهُمْ لِيَتَسَآءَلُوا۟ بَيْنَهُمْ ۚ قَالَ قَآئِل...