Posts

Showing posts from June, 2024

Huraian Asma’ al-Husna 1: Allah oleh Hasanayn Muhammad Makhluf

Image
Nama ‘Allah’ ialah kata nama bagi Zat yang wajib wujud yang berhak menerima segala pujian. Ia nama yang paling agung dalam menunjukkan Zat Yang Maha Tinggi—Zat yang menghimpunkan segala sifat ketuhanan; unik dengan keesaan pada zat, sifat dan perbuatan; dan satu-satu-Nya yang layak disembah. Maka, tiada Tuhan yang mentadbir dan layak disembah melainkan Allah. Nama ‘Allah’ juga suatu nama yang khusus bagi-Nya sahaja. Ia tidak dinamakan kepada sesiapa pun, baik zaman jahiliah mahupun setelah kedatangan Islam—menurut Abu Hanifah, al-Syafi‘i dan jumhur. Adapun nama-Nya yang lain adalah sifat bagi-Nya serta menunjukkan makna yang sabit pada diri-Nya secara sempurna dan suci, seperti sifat hidup, ilmu dan kuasa. Allah s.w.t berfirman,  “ Allah, tiada Tuhan melainkan Dia .” (al-Baqarah: 255)  “ Demikian itulah Allah, Tuhan kamu .” (Yunus: 3)  “ Yang demikian (sifat dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan melainkan Dia, yang menciptakan setiap sesuatu, maka beribad...