Posts

Showing posts from November, 2024

Huraian Asma’ al-Husna 8: al-‘Aziz oleh Hasanayn Muhammad Makhluf

Image
Nama Allah al-‘Aziz bermaksud Yang Maha Berkuasa yang tidak terkalahkan, maka perlindungan-Nya tidak dapat dikalahkan kerana keagungan, kemuliaan, kekuasaan dan kebesaran-Nya. Kalimah al-‘Aziz berasal daripada al-‘izzah yang bererti kekuatan, ketegasan dan kekuasaan. Contohnya: wa ‘azzani fi al-khitab (dia menguasai perbincangan denganku). Maksud lain al-‘Aziz ialah Yang tiada setanding dan sebanding dengan-Nya, atau Yang mustahil ada zat yang serupa dengan-Nya lalu bertambah kuat rasa berhajat kepadanya namun sukar untuk sampai kepadanya. Allah s.w.t berfirman,  “ Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. ” (Fatir: 10) “ Dia-lah Yang tiada banding-Nya, lagi Maha Bijaksana. ” (al-Hashr: 24) “ Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. ” (Hud: 66) Ataupun  al-‘Aziz merangkumi  semua makna yang kami telah bawakan di sini. Rujukan: Hasanayn Muhammad ...