Huraian Asma’ al-Husna 8: al-‘Aziz oleh Hasanayn Muhammad Makhluf

Nama Allah al-‘Aziz bermaksud Yang Maha Berkuasa yang tidak terkalahkan, maka perlindungan-Nya tidak dapat dikalahkan kerana keagungan, kemuliaan, kekuasaan dan kebesaran-Nya. Kalimah al-‘Aziz berasal daripada al-‘izzah yang bererti kekuatan, ketegasan dan kekuasaan. Contohnya: wa ‘azzani fi al-khitab (dia menguasai perbincangan denganku). Maksud lain al-‘Aziz ialah Yang tiada setanding dan sebanding dengan-Nya, atau Yang mustahil ada zat yang serupa dengan-Nya lalu bertambah kuat rasa berhajat kepadanya namun sukar untuk sampai kepadanya. Allah s.w.t berfirman, 

  • Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan.” (Fatir: 10)

  • Dia-lah Yang tiada banding-Nya, lagi Maha Bijaksana.” (al-Hashr: 24)

  • Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (Hud: 66)

Ataupun al-‘Aziz merangkumi semua makna yang kami telah bawakan di sini.

Rujukan:

Hasanayn Muhammad Makhluf, 1974, Asma’ Allah al-Husna wa al-Ayat al-Karimah al-Waridah Fiha, t.tp. Pautan PDF

Comments

Sohor Semasa

Muhammad Said Ramadhan al-Buti Menegakkan Keadilan Islam Terhadap Hak Manusia

Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti Meletakkan Islam Di Hadapan Falsafah

Menyahut Seruan Untuk Bekerja Oleh al-Khallal

Abdul Qadir al-Husayn Mengetengahkan Imam al-Ash'ari Melalui Biografi

Tentang Membaca dan Mempelajari Kitab oleh Syeikh Said Fudah