Merangkak Membaca al-Quran Lebih Baik Daripada Laju Berbicara Tanpa Ilmu
Terkedu saya bila terdengar si polan berkata hadis merangkak ketika membaca al-Quran itu hanya merujuk kepada orang Arab. Saya terfikir, polan ini ambil daripada kitab mana, syarah siapa? Setakat pencarian ringkas, saya tak jumpa mana-mana syarah yang mengatakan hadis itu diturunkan kepada orang Arab saja. Habis itu, nak kata ganjaran pahala merangkak membaca al-Quran itu hanya dikurniakan kepada orang Arab sajakah? Beriya sungguh si polan ini hendak menakut-nakutkan orang tentang hadis kaum yang membaca al-Quran tidak lepas dari kerongkong, sehingga dipukul rata kepada orang yang bertaranum sekali. Kalau begitu, di mana hendak letak hadis seperti: ليس منا من لم يتعن بالقرآن dan juga زينوا القرآن بأصواتكم . Lagi pula dikatanya, al-Quran itu sudah sedap tak perlu dibaca dengan lagu lagi. Tidakkah terasa bercanggah dengan hadis tadi. Baginda menggalakkan kita hiasi suara kita dengan suara yang indah ketika membaca al-Quran. Walhal si polan pula seolah-olah menjauhkan orang daripad...