Menyahut Seruan Untuk Bekerja Oleh al-Khallal
Sebelum ini, saya sudah membaca Adab Menyara Hidup oleh al-Sarakhsi. Belum sempat lagi saya menulis ulasannya di sini atas faktor kesibukan urusan kerja dan keluarga. Saya perlu membacanya semula untuk memberikan ulasan yang berhak buatnya. Jadi, Seruan Untuk Bekerja oleh al-Khallal adalah kali kedua saya membaca buku seumpamanya. Bezanya, buku ini lebih ringkas. Tumpuan al-Khallal adalah menghimpunkan riwayat daripada ulama—majoritinya daripada Ahmad bin Hanbal—seputar bekerja dan mencari rezeki. Tidak bersifat syarah atau huraian, tetapi lebih kepada rekod dan catatan. Mungkin bagi sesetengah orang, buku himpunan riwayat semata-mata tanpa huraian adalah tidak mengenyangkan. Sebenarnya, buku seperti ini sangat berharga, kerana riwayat yang dibawa adalah rakaman dan catatan sejarah. Daripada riwayat tersebut, kita dapat memahami sedikit sebanyak suasana masyarakat dan pendirian ulama ketika itu. Maka, buku seperti ini sebenarnya tidak kurang juga pentingnya. Oleh itu,...