Posts

Showing posts from September, 2025

Muhasabah Diri Demi Kemajuan Umat Bersama Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti

Image
Mula-mula saya membaca judul buku ini,  Dosa Tersembunyi , saya menjangkakan kandungan buku ini pasti memuatkan teguran dan nasihat yang menyentuh jiwa. Rupanya, sangkaan saya meleset. Buku ini memang menyentuh tentang penyucian jiwa, tetapi dalam skop yang lebih besar, iaitu kemunduran umat.  Dalam buku ini, al-Buti berusaha mengaitkan masalah kemunduran umat dengan keadaan jiwa umat Islam hari ini. Buku ini bertitik-tolak daripada soalan, atau boleh saya kata luahan, yang dinyatakan kepada al-Buti tentang umat Islam ketika itu yang mundur dan berpecah belah, dalam masa yang sama bukan Islam maju dan bersatu. Menurut al-Buti, punca yang mengakibatkan kejatuhan umat ialah dosa hati, atau seperti judul ini, iaitu dosa tersembunyi.  Macam tiada kaitan yang jelas, tetapi apabila saya membaca buku ini sehingga habis, saya melihat pandangan al-Buti ini sebenarnya ada asas yang kuat. Menurut al-Buti, masalah besar yang menimpa umat Islam masa ini ialah jiwa yang cin...