Hijrah Fikrah Dari Haraki Ke Ilmiah
Seperti kebiasaan orang, saya juga pernah terikut dengan pengaruh gerakan haraki. Cumanya, saya tidak pernah terlibat dalam sebarang program mereka secara langsung. Hanya saya pernah seketika dahulu berfikir dengan kerangka pemikiran mereka. Bermula di sekolah, saya diperkenalkan dengan program usrah, suatu yang sinonim dengan gerakan haraki. Akan tetapi, usrah di sekolah tidak lebih sekadar medium bersilaturahim antara senior dan junior. Oleh kerana rasa ingin tahu, saya selalu membaca dan bertanya dengan senior tentang gerakan Islam. Saya masih ingat lagi program kepimpinan sekolah anjuran senior dari luar. Ia sebenarnya program yang bagus untuk pembinaan diri. Tetapi saya tidak lupa akan acara tayangan pada salah satu malam. Tayangan berunsur haraki itu pertama kalinya memperkenalkan saya kepada Hasan al-Banna, Sayyid Qutb dan ramai lagi tokoh haraki. Sejak itu, mula timbul rasa pesona terhadap mereka dalam diri mereka. Rasa minat saya pada gerakan haraki makin memb...