Posts

Showing posts from March, 2024

Tentang Mengkritik Kesalahan Ulama oleh Sa'id Fudah

Image
Baru-baru ini, seingat saya terjadi dua situasi yang saya dapati ada sedikit persamaan antara kedua-duanya. Satunya ialah dialog antara beberapa ulama tempatan berkenaan satu isu akidah. Keduanya ialah pendapat seorang ulama besar luar negara dalam satu topik akidah yang dilihat berbeza dengan jumhur.  Bukanlah saya di sini untuk mengeruhkan keadaan. Cumanya saya dapati ada persamaan dari satu sudut, iaitu menegur ulama. Dalam hal pertama, dialog pasti akan mengundang teguran dan kritikan. Dalam hal kedua, walau sebesar mana seseorang tokoh, jika melakukan kesalahan pasti akan ditegur.  Ketahuilah, hal tegur menegur antara ulama ini adalah suatu yang patut disyukuri. Ia tidak sekali-kali menggambarkan pertelingkahan apatah lagi pergaduhan. Sebaliknya ia menunjukkan umat ini saling berusaha memperbaiki sesama sendiri dan tiadanya fikrah taksub dalam umat. Beginilah yang berlaku sejak zaman berzaman.  Hal ini mengingatkan saya pada mukadimah kitab Tahdhib Sharh ...

Gua Pertama Surah al-Kahf III: 'Gua-Gua' Kekuasaan oleh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi

Image
Dalam siri kedua  Apabila Masa Terhenti yang lalu, Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi mula menerangkan tentang kuasa Allah s.w.t memansuhkan kesan masa berlalu pada jasad Ashab al-Kahfi. Sepatutnya semakin lama masa berjalan, diri mereka semakin tua, akan tetapi mereka kekal muda belia seperti sebelum tidur.  Dalam siri yang ketiga ini pula, beliau mengulas dua bukti kekuasaan Allah s.w.t yang berkait dengan bidang sains. Al-Sya'rawi mengistilahkan bukti-bukti kekuasaan Allah s.w.t tersebut sebagai 'gua' sempena gua yang melindungi para pemuda terpilih ini. Berikut adalah terjemahan siri yang ketiga: 'Gua-Gua' Kekuasaan Pemuda-pemuda Ahl al-Kahfi telah ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun. Kejadian ajaib ini menunjukkan kepada beberapa 'gua' kekuasaan Allah s.w.t. 'Gua' yang pertama adalah tidur yang panjang akan merosakkan badan dan jasad yang lama berbaring di atas tanah akan ditimpa pelbagai mudarat. Oleh sebab itu, Allah s.w.t berfirman, وَنُق...