Posts

Showing posts from September, 2024

Huraian Asma’ al-Husna 6: al-Mu’min oleh Hasanayn Muhammad Makhluf

Image
Nama Allah al-Mu’min bermaksud Allah membenarkan diri-Nya, kitab-Nya dan para rasul-Nya tentang apa yang mereka sampaikan daripada-Nya, sama ada Dia membenarkannya menerusi firman-Nya ataupun dengan mencipta mukjizat terhadap para rasul-Nya. Maka, kalimah al-Mu’min di sini berasal daripada kalimah al-iman yang bermaksud pembenaran. Selain itu, al-Mu’min juga bermaksud Allah mengamankan hamba-Nya daripada segala ketakutan dengan mencipta ketenangan dalam hati mereka ataupun memberitahu mereka bahawa tiada ketakutan bagi mereka. Dalam hal ini, kalimah al-Mu’min berasal daripada kalimah al-amn yang bermaksud keamanan, lawan bagi ketakutan. Firman Allah s.w.t, “ Yang Maha Melimpahkan Keamanan, Yang Maha Pengawal. ” (al-Hashr: 23) Rujukan: Hasanayn Muhammad Makhluf, 1974,  Asma’ Allah al-Husna wa al-Ayat al-Karimah al-Waridah Fiha , t.tp.  Pautan PDF

Membasmi Fahaman Batil Secara Langsung dan Tidak Langsung

Image
Perseteruan antara Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dengan fahaman batil memang tidak akan selesai. Bahkan, selagi fahaman batil yang beracun tersebut ada, selagi itu akan ada pihak Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang berusaha melawannya. Saya fikir, usaha membasmi fahaman batil atau ajaran sesat dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (1) secara langsung dan (2) tidak langsung. Usaha secara langsung ialah tindakan yang menyebabkan kesan secara langsung terhadap mereka. Contohnya seperti berdebat kerana dalam medan perdebatan, pihak yang benar akan mengenakan hujah secara terus dan langsung terhadap pihak yang salah. Pihak yang salah pula akan menerima jawab balas hujah tersebut pada waktu itu juga. Begitu juga dalam bentuk penulisan, seperti menulis makalah yang mengandungi kritikan secara khusus terhadap sesuatu ajaran sesat. Turut sama dalam bentuk ini, saya kira, ialah usaha-usaha menerusi perundangan kerana dalam mahkamah juga akan berlaku perbicaraan yang melibatkan pertukaran hujah d...

Huraian Asma’ al-Husna 5: al-Salam oleh Hasanayn Muhammad Makhluf

Image
Nama Allah al-Salam bermaksud Allah Maha Sejahtera daripada segala kecacatan dan kekurangan kerana Allah Maha Sempurna merangkumi zat, sifat dan perbuatan-Nya. Selain itu, al-Salam juga boleh bermaksud Allah s.w.t akan menyambut para wali dan pencinta-Nya di hari kiamat nanti, maka mereka pun terselamat daripada segala perkara yang ditakuti akan menimpa mereka. Firman Allah s.w.t, “ Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemui-Nya ialah ucapan selamat sejahtera. ” (al-Ahzab: 44) “ Dia-lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai, Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera. ” (al-Hashr: 23) Rujukan: Hasanayn Muhammad Makhluf, 1974, Asma’ Allah al-Husna wa al-Ayat al-Karimah al-Waridah Fiha , t.tp.  Pautan PDF