Huraian Asma’ al-Husna 6: al-Mu’min oleh Hasanayn Muhammad Makhluf

Nama Allah al-Mu’min bermaksud Allah membenarkan diri-Nya, kitab-Nya dan para rasul-Nya tentang apa yang mereka sampaikan daripada-Nya, sama ada Dia membenarkannya menerusi firman-Nya ataupun dengan mencipta mukjizat terhadap para rasul-Nya. Maka, kalimah al-Mu’min di sini berasal daripada kalimah al-iman yang bermaksud pembenaran.

Selain itu, al-Mu’min juga bermaksud Allah mengamankan hamba-Nya daripada segala ketakutan dengan mencipta ketenangan dalam hati mereka ataupun memberitahu mereka bahawa tiada ketakutan bagi mereka. Dalam hal ini, kalimah al-Mu’min berasal daripada kalimah al-amn yang bermaksud keamanan, lawan bagi ketakutan. Firman Allah s.w.t, “Yang Maha Melimpahkan Keamanan, Yang Maha Pengawal.” (al-Hashr: 23)


Rujukan:

Hasanayn Muhammad Makhluf, 1974, Asma’ Allah al-Husna wa al-Ayat al-Karimah al-Waridah Fiha, t.tp. Pautan PDF

Comments

Sohor Semasa

Al-Kullabiyyah Aliran Kalam Sunni Sebelum Imam al-Ash’ari

Muhammad Said Ramadhan al-Buti Mendiagnosis Masalah Golongan Belia

Menyahut Seruan Untuk Bekerja Oleh al-Khallal

Merangkak Membaca al-Quran Lebih Baik Daripada Laju Berbicara Tanpa Ilmu

Tidak Mengitar Semula Isu Lama