Posts

Showing posts from 2021

Abdul Qadir al-Husayn Mengetengahkan Imam al-Ash'ari Melalui Biografi

Image
Pertama kali saya menemui buku ini, ia dijual di sebuah kedai buku bernama Raudhah al-Miqyas bertempat di Bangi. Pada masa itu, saya agak terpegun dengan kewujudan buku ini kerana saya mengetahui betapa kurangnya buku biografi Imam al-Ash’ari dalam pasaran buku negara kita zaman kini. Setelah beberapa bulan, buku tersebut dijual bersama diskaun dan tanpa membuang masa saya terus membelinya. Buku ini ialah buku terjemahan daripada karya asalnya berbahasa Arab yang bertajuk Imam Ahl al-Haqq Abu al-Hasan al-Ash’ari oleh seorang ulama Syam zaman kini iaitu Dr. Abd al-Qadir Muhammad al-Husayn. Buku terjemahan Indonesia ini pula diterjemah oleh M. Tatam Wijaya dan diterbitkan pada tahun 2018 oleh PT Qaf Media Kreativa. Menurut saya, buku ini secara keseluruhannya bukanlah sebuah buku biografi yang mengandungi perjalanan kehidupan Imam al-Ash'ari secara terperinci dari awal hingga akhir hayatnya. Sebaliknya, saya berpendapat buku ini lebih berbentuk sebagai buku pengantar bag...

Dari Zaman Rasulullah s.a.w Hingga Kemunculan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah

Image
Setiap fahaman batil masing-masing mendakwa pegangannya ialah pegangan Islam yang sebenar. Sedangkan hakikatnya fahaman-fahaman mereka bercanggah dengan ajaran Islam. Ajaran Islam yang sebenar bukannya seperti yang difahami oleh Khawarij, Syiah, dan fahaman-fahaman batil yang lain. Bagi membezakan antara kefahaman Islam yang sebenar dengan fahaman-fahaman batil, istilah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah mula terzahir.  Secara ringkasnya, Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah merujuk kepada golongan yang berpegang teguh atas manhaj Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya. Dari sudut sejarah pula, ia merupakan rentetan usaha para leluhur kita dalam menjaga dan mempertahankan akidah yang suci ini. Pada mulanya, Nabi Muhammad s.a.w sebagai penerima wahyu telah mengajarkan para sahabat segalanya tentang Islam. Melaluinya, para sahabat dapat mengetahui akidah, fiqah dan tasawuf yang sebenar. Di samping itu, Baginda s.a.w juga mendidik dan menggalakkan para sahabat untuk berijtihad sehingga muncul dari...

Adakah Semua Perselisihan Akidah Menyebabkan Terkeluar Daripada Islam?

Image
Hari ini, perselisihan akidah bukan lagi suatu perkara yang asing. Kalau zaman dahulu, perselisihan akidah berlaku hanya dalam kalangan tokoh dan ilmuwan, tetapi hari ini mereka yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama juga terlibat dalam perselisihan akidah. Lebih membimbangkan lagi, perselisihan tersebut biasanya berakhir dengan pelbagai tuduhan dan label, seperti tuduhan kafir, sesat, bidaah dan sebagainya, sedangkan bukan semua perselisihan berakhir sebegitu rupa. Sebagai asas, artikel kali ini ingin membicarakan secara ringkas berkenaan pembahagian akidah dan perselisihan pada bahagian-bahagian akidah tersebut. Artikel ini merupakan ringkasan daripada artikel a l-Khilaf fi al-‘Aqidah dalam buku Ahl al-Sunnah al-Asha’irah Shahadah ‘Ulama al-Ummah wa Adillatuhum karya Hamd al-Sinan dan Fawzi al-‘Anjari. Untuk permulaan, saya memetik soalan yang diutarakan dalam buku tersebut,  Adakah semua perselisihan dalam akidah sama ada pada usul atau furuk menyebabkan kekufura...