Posts

Showing posts from October, 2024

Keunggulan Sebenar Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah Terletak Pada Nilai Ilmu

Image
Bulan ini rasanya isu RUU Mufti WP yang menjadi sajian utama pengguna media sosial. Rasa sayang pula kalau saya tidak mengakhiri bulan ini dengan menulis apa-apa tentang isu tersebut. Tetapi bukan sudut perundangan yang mahu saya sentuh, sebab ia bukan bidang kepakaran saya. Saya di sini hanya mahu menyatakan rasa terkilan melihatkan ramai orang melemparkan tanggapan buruk terhadap Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Mujur para ilmuwan, ustaz, begitu juga sahabat handai tampil untuk meleraikan kemelut ini. Semoga Allah berikan ganjaran kepada mereka semua. Memang lumrah mana-mana aliran, kecenderungan untuk memegang tampuk pemerintahan itu memang ada. Ketika pemerintahan singkat Yazid bin al-Walid, dikisahkan al-Qadariyyah bersungguh-sungguh menyebarkan fahamannya. Lama selepas itu, Muktazilah pula mengukuhkan fahamannya ketika al-Ma’mun menaiki takhta khalifah. Mana-mana aliran pun akan berasa selesa apabila dapat menjadi sebahagian besar dalam urus tadbir sesuatu kawasan. Paling kurang pun ...

Huraian Asma’ al-Husna 7: al-Muhaymin oleh Hasanayn Muhammad Makhluf

Image
Nama Allah al-Muhaymin bermaksud Allah s.w.t Maha Mengawasi lagi Menjaga segala perkara dengan sebaik-baik pengawasan dan penjagaan. Al-Muhaymin juga boleh bermaksud Allah s.w.t Maha Menyaksikan segala ucapan dan perbuatan yang dilakukan oleh makhluk-Nya. Maka, tiada suatu pun perkara di alam ini yang terlepas daripada pengetahuan-Nya walau sekecil zarah, dan Allah sentiasa mengawasi mereka, firman-Nya, “ Kemudian Allah yang menyaksikan apa yang mereka lakukan. ” (Yunus: 46) Al-Muhaymin juga bermaksud Yang memiliki pengetahuan tentang sekalian perkara serta kekuasaan yang sempurna bagi menghasilkan segala maslahat, dan terus-menerus pula menghasilkannya. Segala sifat ini tidak akan terjadi dengan sempurna melainkan pada Allah Taala sahaja.  Al-Muhaymin juga boleh bermaksud Allah Maha Mengetahui segala rahsia dan bisikan, Maha Mendengar segala syukur dan keluhan, Maha Menolak segala mudarat dan dugaan. Allah berfirman, “ Yang Maha Mengawasi, Yang Maha Kuat, Yang Melengkapi segala Ke...

Teguran Ibn Sirin Tentang Mencela Orang Yang Sudah Meninggal Dunia

Image
Baru-baru ini, seorang rakan kita yang alim telah menegur perangai warga net yang suka mempersendakan seorang tokoh ajaran sesat. Namun, apa yang berlaku ialah beliau pula dicela dan dipersenda oleh warga net. Mujur ramai rakan lain yang alim turut bantu mempertahankan tegurannya. Saya juga tergerak nak turut sama membantu.  Cuma iyalah, kita faham, tokoh itu pembawa ajaran sesat. Bukan sekadar orang yang sudah meninggal dunia, kan. Dengan sedikit kajian, saya menjumpai riwayat ini yang bersumber daripada  Hilyah al-Awliya’ oleh Abu Nu‘aim al-Asfahani. Macam biasa, apa sahaja tulisan ringkas saya di media sosial, saya suka untuk menyimpannya di blog sebagai catatan peribadi. سمع ابن سيرين رجلا يسب الحجاج فأقبل عليه فقال: مه أيها الرجل، فإنك لو قد وافيت الآخرة كان أصغر ذنب عملته قط أعظم عليك من أعظم ذنبٍ عمله الحجاج. واعلم أن الله تعالى حكم عدل إن أخذ من الحجاج لمن ظلمه فسوف يأخذ للحجاج ممن ظلمه. فلا تشغلن نفسك بسبّ أحد Ibn Sirin mendengar seseorang mencela al-Hajjaj, lalu beli...