Huraian Asma’ al-Husna 7: al-Muhaymin oleh Hasanayn Muhammad Makhluf


Nama Allah al-Muhaymin bermaksud Allah s.w.t Maha Mengawasi lagi Menjaga segala perkara dengan sebaik-baik pengawasan dan penjagaan. Al-Muhaymin juga boleh bermaksud Allah s.w.t Maha Menyaksikan segala ucapan dan perbuatan yang dilakukan oleh makhluk-Nya. Maka, tiada suatu pun perkara di alam ini yang terlepas daripada pengetahuan-Nya walau sekecil zarah, dan Allah sentiasa mengawasi mereka, firman-Nya,

Kemudian Allah yang menyaksikan apa yang mereka lakukan.” (Yunus: 46)

Al-Muhaymin juga bermaksud Yang memiliki pengetahuan tentang sekalian perkara serta kekuasaan yang sempurna bagi menghasilkan segala maslahat, dan terus-menerus pula menghasilkannya. Segala sifat ini tidak akan terjadi dengan sempurna melainkan pada Allah Taala sahaja. 

Al-Muhaymin juga boleh bermaksud Allah Maha Mengetahui segala rahsia dan bisikan, Maha Mendengar segala syukur dan keluhan, Maha Menolak segala mudarat dan dugaan. Allah berfirman,

Yang Maha Mengawasi, Yang Maha Kuat, Yang Melengkapi segala Kebesaran-Nya.” (al-Hashr: 23)

Rujukan:

Hasanayn Muhammad Makhluf, 1974, Asma’ Allah al-Husna wa al-Ayat al-Karimah al-Waridah Fiha, t.tp. Pautan PDF

Comments

Sohor Semasa

Muhammad Said Ramadhan al-Buti Menegakkan Keadilan Islam Terhadap Hak Manusia

Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti Meletakkan Islam Di Hadapan Falsafah

Menyahut Seruan Untuk Bekerja Oleh al-Khallal

Abdul Qadir al-Husayn Mengetengahkan Imam al-Ash'ari Melalui Biografi

Tentang Membaca dan Mempelajari Kitab oleh Syeikh Said Fudah