Posts

Showing posts from 2014

Tentang Iman dan Yakin

Image
Iman merupakan satu kunci yang amat penting sebagai hamba-Nya. Hal ini kerana iman itu menjadi kunci status diri seseorang itu ketika di akhirat nanti sama ada layak ke syurga atau kekal selama-lamanya di dalam neraka, na'udzu billahi min dhalik . Pelbagai tafsiran dan takrifan oleh ulama 'amilin telah dibuat berkaitan tentang iman. Takrifan masyhur yang selalu kita dengar ialah, "Membenarkan dengan hati, mengakui dengan lisan dan beramal dengan anggota badan." Iman berputar dalam diri setiap manusia itu pada tiga perkara berdasarkan takrifan di atas: hati, lisan dan anggota badan. Sebagai hamba Allah yang mukallaf, kita sememangnya diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Menjadi larangan-Nya juga ke atas kita pada keadaan memusuhi segala perintah suruhan-Nya dan larangan-Nya, kerana perbuatan itu mendorong kepada memusuhi Allah dan sesiapa yang memusuhi Allah tergolong dalam musuh-musuh-Nya sepertiman...

Berkat Melazimi Selawat Ke Atas Nabi Muhammad s.a.w

Image
Diceritakan dalam kitab Mukasyafah al-Qulub karya Imam al-Ghazali bahawa suatu hari, seorang wali Allah bernama Sufyan al-Thawri hadir ke Kaabah lalu beliau berjumpa dengan seorang pemuda. Pemuda tersebut sedang tawaf mengelilingi Kaabah. Sufyan al-Thawri menghampiri pemuda itu, lalu kedengaran dari lisan pemuda itu lafaz-lafaz selawat, dan tidak pernah putus selawat dari lidahnya ketika beliau sedang melakukan ibadah tawaf. Sufyan al-Thawri berasa hairan lalu beliau mendekati pemuda itu. " Hai pemuda, mengapa kau berselawat sepanjang tawaf kamu itu tadi? Bukankah sudah ditetapkan doa bagi setiap tawaf itu. Tawaf yang pertama ada doanya, tawaf yang kedua ada doanya, dan berterusan, " kata Sufyan al-Thawri. " Siapakah gerangannya kamu, " tanya pemuda tersebut. " Aku Sufyan al-Thawri ," balas wali Allah tersebut. " Aku akan ceritakan pada kau mengapa aku berselawat tadi, " kata pemuda itu. " Suatu masa dahulu, aku mempunyai ayah. Tiba sa...

Tidak Memandang Hina Terhadap Pelaku Maksiat

Image
Bermula kisah pada suatu hari ada seorang wali Allah s.w.t berjalan di satu jalan. Dalam perjalanannya, beliau berjumpa dengan seekor anjing. Dengan pandangan beliau terhadap anjing tersebut, terdetik dalam hati beliau perasaan hina kepada anjing tersebut.  "Jijiknya anjing ini," bisik wali Allah s.w.t dalam hatinya.  Kemudian, dengan kuasa Allah s.w.t, ditakdirkan anjing tersebut boleh berkata-kata.  "Hai wali Allah, ya aku ini jijik, jika mana-mana manusia menyentuh aku, mereka perlu membasuh tangan mereka dengan tujuh kali basuhan. Akan tetapi, dengan hati kau yang itu walau dibasuh dengan air dari tujuh lautan pun tak akan bersih,"  tegur anjing kepada wali Allah tersebut. Lalu bertaubatlah wali Allah s.w.t dengan asbab teguran dari anjing tersebut. Perhatikanlah dari kisah ini, bagaimana betapa pentingnya menjaga hati daripada dimasuki pelbagai anasir jahat. Betapa pentingnya kita harus selalu bersangka baik dan menghinakan diri kita. Imam al-Ghazali pernah m...

Kita Tidak Akan Sunyi Daripada Kesalahan, Dosa dan Kejahilan

Image
Manusia sememangnya tidak pernah sunyi daripada segala kesalahan, kesilapan, dan dosa. Manusia bukan seperti nabi. Manusia itu tidak maksum seperti para anbiya. Para anbiya itu maksum dan suci daripada dosa.  Sepertimana sabda Nabi Muhammad s.a.w:           كُلُّ بَنِي آدَمَ خَّطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ Maksudnya: "Setiap bani Adam itu berbuat kesalahan, dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan ialah orang-orang yang bertaubat."  (Riwayat al-Tirmidhi) Kewajipan sebagai seorang muslim terhadap Allah s.w.t apabila berbuat kesalahan dan dosa ialah bertaubat. Bahkan kita dituntut bertaubat setiap hari dan setiap ketika. Dalam kitab Hidayatus Salikin karangan Syeikh Abd al-Samad al-Falimbani, terdapat tiga syarat taubat yang diletakkan oleh beliau iaitu: Meninggalkan maksiat Menyesal atas perbuatannya itu Bercita-cita bahawa tiada kembali kepada maksiat itu selama-lamanya. Manakala sebagai saudara seagama, seharusnya dan...