Berkenaan Gelaran Imam, Syeikh dan Seumpamanya

Antara perubahan yang saya buat pada artikel saya tahun ini ialah saya menyingkirkan gelaran imam, syeikh dan seumpamanya setiap kali saya menyebutkan nama ulama. Bukanlah saya tidak beradab dengan mereka, akan tetapi perkara ini ada sebabnya yang tersendiri. 

Dahulu, semasa saya membaiki tesis sarjana, penilai tesis saya menyarankan agar tidak meletakkan gelaran kepada ulama dalam penulisan ilmiah. Beliau mencadangkan agar meletakkan nama masyhurnya sahaja seperti al-Shafi‘i, al-Bukhari dan al-Ghazali, tanpa gelaran imam, allamah dan seumpamanya. 

Sebelum anda berfikir apa-apa, saya harus mengatakan dahulu bahawa penilai tesis saya tersebut merupakan antara pensyarah yang sering mempertahankan akidah al-Asha‘irah. Maka, beliau bukanlah pengikut Wahhabi atau Salafi yang tidak beradab dengan ulama seperti yang biasa anda ketahui. Tidak seribu kali tidak.

Sebaliknya, beliau menjelaskan justifikasi di sebalik perkara ini adalah untuk bersikap adil dan tidak berat sebelah dalam kajian ilmiah. Hal ini kerana kebiasaannya kita cenderung meletakkan gelaran imam pada tokoh yang kita sanjungi sahaja. Apabila tiba pada tokoh yang kita benci, kita enggan meletakkan gelaran tersebut. Sikap berat sebelah ini perlu dibuang kerana kajian ilmiah perlu bersifat adil dan objektif.

Apa-apa pun, pendekatan ini tidaklah wajib. Ia hanya perkara yang biasa diamalkan dalam kajian ilmiah sahaja. Yang penting, janganlah mudah menuduh orang lain tidak beradab apabila dia tidak meletakkan gelaran ketika menyebut nama ulama. Bukankah kita juga tidak meletakkan sebarang gelaran apabila menyebut nama sahabat dan tabiin? Jangan risau, saya tak salahkan sesiapa. 

Comments

Sohor Semasa

Muhammad Said Ramadhan al-Buti Menegakkan Keadilan Islam Terhadap Hak Manusia

Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti Meletakkan Islam Di Hadapan Falsafah

Menyahut Seruan Untuk Bekerja Oleh al-Khallal

Abdul Qadir al-Husayn Mengetengahkan Imam al-Ash'ari Melalui Biografi

Tentang Membaca dan Mempelajari Kitab oleh Syeikh Said Fudah