Posts

Showing posts from 2025

Muhasabah Diri Demi Kemajuan Umat Bersama Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti

Image
Mula-mula saya membaca judul buku ini,  Dosa Tersembunyi , saya menjangkakan kandungan buku ini pasti memuatkan teguran dan nasihat yang menyentuh jiwa. Rupanya, sangkaan saya meleset. Buku ini memang menyentuh tentang penyucian jiwa, tetapi dalam skop yang lebih besar, iaitu kemunduran umat.  Dalam buku ini, al-Buti berusaha mengaitkan masalah kemunduran umat dengan keadaan jiwa umat Islam hari ini. Buku ini bertitik-tolak daripada soalan, atau boleh saya kata luahan, yang dinyatakan kepada al-Buti tentang umat Islam ketika itu yang mundur dan berpecah belah, dalam masa yang sama bukan Islam maju dan bersatu. Menurut al-Buti, punca yang mengakibatkan kejatuhan umat ialah dosa hati, atau seperti judul ini, iaitu dosa tersembunyi.  Macam tiada kaitan yang jelas, tetapi apabila saya membaca buku ini sehingga habis, saya melihat pandangan al-Buti ini sebenarnya ada asas yang kuat. Menurut al-Buti, masalah besar yang menimpa umat Islam masa ini ialah jiwa yang cin...

Menonton Gelagat Orang Melayu Dahulu Bersama Swettenham

Image
Tak tahu mengapa, tapi kebelakangan ini saya selalu ingin rasa bagaimana hidup di zaman silam. Zaman yang tiada bekalan elektrik, tiada mesin kenderaan, tiada perhubungan pantas seperti hari ini. Bagaimana rasanya hidup pada malam yang disuluh cahaya api, bergerak ke sana ke mari dengan perahu, dan menikmati hidup yang sunyi tidak ramai kenalan kerana kekangan cara berhubung. Maka, saya cuba merasainya apabila membaca buku ini. Gelagat dan Ragam Orang Melayu adalah buku catatan Sir Frank Swettenham yang mengandungi pelbagai kisah pendek berdasarkan pengalamannya semasa bertugas di Tanah Melayu. Kisah-kisah tersebut menarik, membuatkan saya teruja dan ingin tahu, apa lagi gelagat leluhur kita dahulu, setiap kali saya melangkah dari satu kisah ke satu kisah.  Ada kalanya saya membaca buku ini sambil fikiran saya  ‘ menonton ’  gelagat mereka macam filem klasik P. Ramlee. Selain itu, saya juga pernah meminta bantuan AI untuk hasilkan gambar daripada penceritaan S...

Menyahut Seruan Untuk Bekerja Oleh al-Khallal

Image
Sebelum ini, saya sudah membaca Adab Menyara Hidup oleh al-Sarakhsi. Belum sempat lagi saya menulis ulasannya di sini atas faktor kesibukan urusan kerja dan keluarga. Saya perlu membacanya semula untuk memberikan ulasan yang berhak buatnya.  Jadi, Seruan Untuk Bekerja oleh al-Khallal adalah kali kedua saya membaca buku seumpamanya. Bezanya, buku ini lebih ringkas. Tumpuan al-Khallal adalah menghimpunkan riwayat daripada ulama—majoritinya daripada Ahmad bin Hanbal—seputar bekerja dan mencari rezeki. Tidak bersifat syarah atau huraian, tetapi lebih kepada rekod dan catatan. Mungkin bagi sesetengah orang, buku himpunan riwayat semata-mata tanpa huraian adalah tidak mengenyangkan. Sebenarnya, buku seperti ini sangat berharga, kerana riwayat yang dibawa adalah rakaman dan catatan sejarah. Daripada riwayat tersebut, kita dapat memahami sedikit sebanyak suasana masyarakat dan pendirian ulama ketika itu. Maka, buku seperti ini sebenarnya tidak kurang juga pentingnya. Oleh itu,...

Merangkak Membaca al-Quran Lebih Baik Daripada Laju Berbicara Tanpa Ilmu

Image
Terkedu saya bila terdengar si polan berkata hadis merangkak ketika membaca al-Quran itu hanya merujuk kepada orang Arab. Saya terfikir, polan ini ambil daripada kitab mana, syarah siapa? Setakat pencarian ringkas, saya tak jumpa mana-mana syarah yang mengatakan hadis itu diturunkan kepada orang Arab saja. Habis itu, nak kata ganjaran pahala merangkak membaca al-Quran itu hanya dikurniakan kepada orang Arab sajakah? Beriya sungguh si polan ini hendak menakut-nakutkan orang tentang hadis kaum yang membaca al-Quran tidak lepas dari kerongkong, sehingga dipukul rata kepada orang yang bertaranum sekali. Kalau begitu, di mana hendak letak hadis seperti: ليس منا من لم يتعن بالقرآن dan juga زينوا القرآن بأصواتكم .  Lagi pula dikatanya, al-Quran itu sudah sedap tak perlu dibaca dengan lagu lagi. Tidakkah terasa bercanggah dengan hadis tadi. Baginda menggalakkan kita hiasi suara kita dengan suara yang indah ketika membaca al-Quran. Walhal si polan pula seolah-olah menjauhkan orang daripad...

Satu-satunya Kenanganku Bersamanya

Image
Sudah empat tahun bapa mentuaku pergi meninggalkan dunia yang fana. Kenanganku bersamanya tak banyak, hanya sekali sahaja. Jadi, memang takkan lupa sampai bila-bila. Waktu itu, era wabak Covid sedang melanda tanah air. Semua orang diwajibkan duduk di rumah dan tidak dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk masa yang sungguh lama. Sepanjang itulah aku cuba berbincang dengan bakal isteri ketika itu berkenaan perancangan berkahwin. Namun, disebabkan perintah berkurung, tidak banyak kemajuan yang dapat kami laksanakan, khususnya bagiku sebagai lelaki ialah berjumpa bakal bapa mentua. Tetapi disebabkan tidak boleh merentas negeri tanpa kebenaran, misi itu terus tertangguh. Hinggalah pada satu masa, seluruh rakyat dibenarkan merentas negeri tanpa perlu meminta kebenaran. Terkejut bukan kepalang aku. Keluargaku sibuk hendak menguruskan pertunangan adik. Walhal aku pula dalam diam merancang untuk berjumpa dengan bakal bapa mentua. Kebetulan tidak jauh pun kedua-dua destinasi. Jadi, alan...

Lintasan Hati & Fikiran: 3 M

Image
Artikel ini siap ditulis oleh isteri saya, Nur Suhaili, pada 12 September 2021 dalam blog saya yang lain. Saya bawa ke sini untuk menyimpannya kerana saya sudah menutup blog tersebut. Semoga manfaatnya dapat diteruskan di tempat yang baru. 12 Ogos 2021 Ketika saya ingin melangkah ke tahun akhir pengajian, ada seorang senior bertanya kepada saya, “Seronok tak dah nak final year?”. Saya cuma gelak membiarkan soalan itu tanpa jawapan dan memintanya agar mendoakan saya. Tidak sangka masa begitu pantas berlalu sehingga saya kini bakal berada di tahun akhir. Begitu pantas masa berlalu, pejam celik sudah 3 tahun lebih saya di sini. Pada masa itulah saya bermuhasabah diri, apa yang harus saya buat dengan diri ini, apa yang perlu saya ada sebagai bekalan, apa yang perlu saya mahirkan sebagai persediaan untuk berkhidmat. Mungkin di mata orang lain saya terlihat hebat, namun hanya diri sendiri yang tahu di sebalik diri ini. Cukuplah hanya Allah yang mengetahui perihal diriku.  Beg...