Posts

Showing posts from 2020

Apakah Makna Qadak? oleh Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti

Image
Sebagai manusia biasa yang sering diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran, setiap daripada kita lazimnya pernah terlintas untuk mempersoalkan takdir Tuhan di atas apa yang terjadi pada diri kita. “Mengapakah ini terjadi kepadaku,” “Apalah nasibku ini.” Sampai ke suatu tahap seseorang itu terlalu mengalah dan berputus asa sehabisnya sehingga menganggap dirinya tidak mampu berbuat apa lagi. Lebih teruk lagi terdapat sebahagian orang lebih suka menyalahkan takdir untuk membenarkan kejahatannya. “Apa boleh buat, sudah takdir aku mencuri,” dan esok apabila dia melakukannya lagi, dia mengulangi lagi alasan yang sama, tanpa sebarang kekesalan langsung terhadap perbuatan kejinya itu. Persoalan-persoalan seperti ini timbul daripada sangkaan bahawa qadar itu adalah pemaksaan terhadap diri seseorang. Walhal sebenarnya bukan itu maksudnya. Bagi menjawab persoalan ini, di sini saya telah cuba membuat terjemahan bebas terhadap satu huraian ringkas mengenai qadak dan qadar dalam sebuah risalah ber...

Maulid Nabi dan Dakwah Nabawi oleh Syeikh Muhammad Zahid al-Kawthari

Image
Bersempena dengan Maulidur Rasul s.a.w pada tahun ini, saya ingin berkongsi terjemahan saya bagi sebuah makalah bertajuk al-Mawlid al-Nabawi wa al-Da’wah al-Nabawiyyah , tulisan asal Syeikh Muhammad Zahid al-Kawthari (w.1371H/1952M). Al-Kawthari merupakan timbalan Shaykh al-Islam yang terakhir dalam pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Makalah ini diambil daripada kitab Maqalat al-Kawthari yang menghimpunkan makalah-makalah beliau meliputi pelbagai bidang yang ditulis untuk majalah-majalah ilmiah di Mesir. Dalam makalah ini, al-Kawthari mengulas secara ringkas berkenaan suasana umat manusia sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w dan bagaimana Baginda s.a.w berusaha membawa mereka daripada kegelapan jahiliah menuju cahaya hidayah Islam. Syeikh mahu mengajak kita bersama-sama menghargai usaha dakwah yang dilaksanakan dengan penuh kesungguhan oleh Rasulullah s.a.w. Berkat jasa Nabi s.a.w, hari ini kita dapat menikmati kehidupan yang indah berpaksikan syariat Islam yang telah dibawa dan dia...

Al-Kullabiyyah Aliran Kalam Sunni Sebelum Imam al-Ash’ari

Image
Beberapa tahun sebelum terzahirnya keunggulan Imam al-Ash’ari, telah wujud dahulu sebuah aliran kalam Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang dikenali sebagai al-Kullabiyyah. Aliran al-Kullabiyyah diasaskan oleh Ibn Kullab (m. 240 H) berserta para pengikutnya, antara yang terkenal ialah al-Qalanisi (m. 255 H) dan al-Harith al-Muhasibi (m. 243 H). Mereka bersama-sama berusaha mempertahankan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah daripada ancaman aliran-aliran batil yang wujud di zaman mereka terutamanya Muktazilah. Al-Kullabiyyah membawa pendekatan yang seimbang antara akal dan nas, berbeza dengan Muktazilah yang terlalu mendaulatkan akal, serta berbeza juga dengan al-Hashawiyyah yang terlampau terikat dengan nas sehingga menolak akal. Nama penuh Ibn Kullab ialah Abd Allah bin Sa’id bin Muhammad bin Kullab al-Qattan al-Basri. Beliau digelar sebagai Ibn Kullab kerana kepakarannya dalam perdebatan sehingga kehebatannya mampu menarik seteru perdebatannya sepertimana cangkuk ( kullab ) menarik sesuatu...

Keteguhan Akidah Imam Ahmad dan Para Ulama Dalam Peristiwa al-Mihnah

Image
Peristiwa al-Mihnah adalah suatu peristiwa ketikamana para ulama telah dibicara dan dipaksa agar berpegang dengan doktrin khalq al-Quran, iaitu doktrin bahawa al-Quran adalah makhluk dan bukan qadim. Peristiwa ini berlaku di zaman khilafah Abbasiyyah semasa pemerintahan Khalifah al-Ma’mun (m. 218 H) bermula kira-kira pada tahun 218 H, yakni ketika masih di zaman Salaf al-Salih. Peristiwa ini menyaksikan para ulama telah dipaksa manakala sebahagiannya pula diseksa sehingga terkorban kerana enggan berpegang dengan doktrin tersebut. Pada asalnya, doktrin khalq al-Quran mula timbul lebih awal lagi menerusi al-Ja’d bin Dirham (m. 105 H) dan muridnya al-Jahm bin Safwan  (m. 128 H). Doktrin ini kemudiannya dimasyhurkan oleh tokoh-tokoh Muktazilah yang mengukuhkannya dengan hujah-hujah akal serta mempertahankannya di pentas-pentas perdebatan.  Perbahasan ini sangat rumit dan bukanlah ini tujuan perbincangannya. Namun secara ringkasnya, Muktazilah tidak menetapkan sifat kalam bagi Alla...

Peringkat-Peringkat Tarbiah Fiqah di Zaman Rasulullah s.a.w

Image
Judul penuh buku ini ialah Lamahat min al-Tarbiyyah al-Fiqhiyyah fi Khayr al-Qurun Zaman al-Risalah wa 'Asr al-Sahabah wa al-Tabi’in . Buku ini ditulis oleh Dr. Muhammad Abd al-Halim al-Nu’mani, seorang muhaddith merangkap ketua jabatan Ulum Hadis Nabawi Sharif di Universiti al-‘Ulum al-Islamiyyah di Karachi, Pakistan. Buku ini diterbitkan kali pertama pada tahun 2014 oleh syarikat Dar al-Fath yang bertempat di Amman, Jordan. Buku ini tidak tebal, hanya berjumlah 80 muka surat sahaja, namun ia mengandungi ilmu dan maklumat yang berharga. Antara kandungannya yang menarik ialah mengenai peringkat-peringkat tarbiah fiqah yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w terhadap para sahabatnya. Setiap daripada kita pasti pernah terfikir bagaimanakah bidang fiqah mula berkembang di zaman Nabi s.a.w, zaman bermula turunnya wahyu, zaman sebelum lahirnya imam-imam empat mazhab yang masyhur. Maka, dalam bahagian Uslub al-Nabi Salla Allah ‘alayh wa Sallam fi Tafqih al-Sahabah , penulis buku ini mene...

Imam al-Shafi’i Sebenarnya Menolak Ilmu Kalam Versi Muktazilah

Image
Sejak dahulu lagi, ilmu kalam telah melaksanakan peranannya dalam mengukuhkan akidah Islam dengan mendirikan hujah-hujah dan menolak keraguan-keraguan. Para ulama al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah telah sekian lamanya mendalami dan menggunakan ilmu kalam untuk mempertahankan akidah Islam daripada serangan golongan kafir dan ahli bidaah. Namun, sehingga kini masih terdapat golongan manusia yang menuduh ilmu kalam sebagai ilmu yang dicela. Lebih dari itu, mereka turut menukilkan kalam-kalam ulama Salaf al-Salih bagi membenarkan lagi tuduhan mereka itu. Antara kalam ulama yang sering dipergunakan oleh golongan ini ialah kalam Imam al-Shafi’i (w. 204 H). Antara kalam tersebut ialah, “Jikalau seorang lelaki itu mewasiatkan kitab-kitabnya daripada ilmu kepada seseorang, dan terdapat padanya kitab-kitab ilmu kalam, maka tidak termasuk kitab-kitab itu dalam wasiat kerana ia bukanlah daripada kitab-kitab ilmu. Jikalau dia mewasiatkan kepada ahli ilmu, tidak termasuk ahli kalam dalam wasiat itu.”...

Tentang Ketokohan Akidah Imam Abu Hanifah oleh Syeikh Muhammad Zahid al-Kawthari

Image
Imam Abu Hanifah al-Nu’man bin Thabit (w. 150 H) merupakan salah seorang daripada empat orang imam mazhab yang utama dalam bidang fiqah. Beliau merupakan pengasas atau pendiri bagi mazhabnya yang dikenali sebagai mazhab Hanafi. Ketinggian darjat dan martabat beliau dalam bidang fiqah adalah suatu yang sememangnya tidak boleh diragui lagi. Sehingga kini mazhabnya masih lagi dijadikan ikutan dan panduan oleh sebahagian besar umat Islam. Selain terkenal dalam bidang fiqah, Imam Abu Hanifah juga sangat terkenal sebagai seorang tokoh mutakallim yang terawal dalam sejarah Islam. Beliau berkecimpung dalam bidang akidah dan ilmu kalam sebelum beliau mula beralih ke bidang fiqah. Beliau sempat mengarang beberapa kitab dalam bidang akidah, antara yang terkenal dan masih disyarahkan sehingga kini ialah al-Fiqh al-Akbar . Pengaruh beliau dalam bidang akidah juga tidak kurang hebatnya, mazhab beliau dalam bidang akidah dikembangkan lagi oleh seorang tokoh besar Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Imam Abu...