Inilah Pekan Mu’tah
Inilah pekan Mu’tah, Tak banyak yang berubah, Bangunannya masih rendah, Langit biru debu bersepah. Tapi apa aku kisah, Aku rindu pekan Mu’tah, Tempat ini ada barakah, Tempat kutimba ilmu dan hikmah. Baru-baru ini, ada kawan sepengajian berkongsi jelajahnya kembali ke Mu’tah. Aku menatap gambar yang dikongsi sehingga berhasil menggarap dua rangkap puisi yang merumuskan gambaran pekan Mu’tah. Izinkan aku menumpahkan beberapa titisan memori seringkas mungkin. Pekan Mu’tah tak besar. Dari selatan ke utaranya, aku hanya berjalan kaki. Rata-rata bangunan di pekan tak tinggi, hanya mencecah dua atau tiga tingkat sahaja. Dindingnya berwarna batu pasir serta berdebu. Jalanannya hanya ada satu lorong ke selatan dan satu lorong ke utara, sama-sama dikongsi oleh kereta, van, coaster dan juga lori. Bilangan kedainya taklah terlalu banyak. Ada kedai runcit, buah, sayur, roti, ayam, daging, manisan dan kedai makan. Lebih menggambarkan lagi suasana pekan,...